Hi, what are you looking for?

#image_title

Hiburan

Syamsul bagi lampu hijau, Puteri Sarah teruskan saman


“SYAMSUL kata kepada saya, awak buatlah apa yang awak nak buat.”

Itu perkongsian pelakon, Puteri Sarah Liyana yang mendapat lampu hijau daripada bekas suaminya, Syamsul Yusof berhubung saman terhadap bekas kakak ipar Ira Kazar yang dikenali sebagai Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan.

Pemilik nama lengkap Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu menjelaskan, saman tersebut wajar diambil sebagai pengajaran kerana masih menjaja aib rumah tangganya.

Selain berbincang, pelakon Hijrah Jannah itu turut mengemukakan bukti-bukti fitnah wanita terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dapat semua bukti itu, saya terus hubungi Syamsul. Saya tanya dia apa nak buat ni? Kita dah tak ada masalah, tetapi orang pula ada masalah dengan kita.

“Kalau saya tak buat sesuatu, perkara ini akan berpanjangan dan akan menjejaskan imej saya.

“Syamsyul cakap buatlah apa yang saya nak buat. Dia okey sahaja,” katanya ketika ditemui di sidang media teater muzikal kanak-kanak, Pak Pandir & Labu Ajaib, semalam.

Menurut Puteri Sarah, Wiwi mula bercakap buruk tentangnya biarpun tempoh edah perceraiannya dengan Syamsul sudah tamat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Bila berlaku pada hari itu saya tertanya-tanya kenapa perkara ini tak habis-habis lagi. Saya tak kacau awak, awak pun janganlah kacau saya.

“Bila saya tengok apa yang dia tulis bukan sahaja melibatkan saya tetapi turut membabitkan keluarga saya dan juga Syamsul,” katanya kepada Kosmo! Online.

Selain Syamsul, ibu kepada dua cahaya mata itu turut menghubungi bekas bapa dan ibu mentuanya untuk menjelaskan tentang perkara itu  dan mereka juga memberi keizinan kepadanya untuk melakukan apa sahaja tindakan.

“Mereka juga kesian dengan saya dan mahu saya menjalani kehidupan dengan tenang. Mungkin ada yang kata saya ni tak habis-habis dengan isu ini, tetapi saya berharap biarlah ini yang terakhir. Saya juga sudah penat,” jelasnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditanya adakah dia berkemungkinan akan menarik semula saman itu seperti yang pernah dilakukan terhadap Ira Kazar sebelum ini, kata Sarah kali ini dia nekad dengan pendiriannya.

“Kali ini saya memang buat betul-betul dan tak akan tarik semula. Saya tarik saman terdahulu kerana saya dan Syamsul mencapai kata persetujuan supaya kami boleh hidup dengan tenang dan jalani kehidupan masing-masing.

“Tetapi bila semuanya telah selesai, timbul pula isu ini,” ujarnya.

Syamsul Yusof dan Puteri Sarah sah bercerai pada 14 Jun lalu selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 “Tidak Mencela, Memfitnah, Memaki Hamun Terhadap Sesiapa, Keindahan Pekerti Dan Akhlak Rasulullah SAW” – PM PUTRAJAYA —  Bersempena sambutan Maulidur Rasul, Perdana Menteri,...

Mamak News

0 IPOH – Sebanyak 10,568 notis dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan sepanjang Op Khas Motosikal 2023 dilancarkan bermula 1...

Sukan

0 IPOH – Biarpun membuat penampilan sulung pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, namun ia ternyata tidak mendatangkan masalah buat pelumba Caja...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Sejak disahkan menghidap kanser limfoma awal tahun ini, penyanyi era 80-an Ibnor Riza membelanjakan sekitar RM80,000 bagi menampung kos perubatan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications