Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Mamak News

Syarikat Bantu Urus Penghantaran Pulang Jenazah Pekerja Bangladesh


Syarikat Penghantaran Pulang Jenazah Pekerja Bangladesh

Syarikat Bantu Urus Penghantaran Pulang Jenazah Pekerja Bangladesh

GEORGE TOWN, 29 Nov (Bernama) — Syarikat kepada seorang daripada tiga pekerja pembinaan warga Bangladesh yang maut dalam kejadian runtuhan projek pembinaan gudang logistik di Batu Maung, Bayan Lepas dekat sini, akan menguruskan jenazah pekerjanya termasuk penghantaran pulang ke negara asal.

Wakil syarikat pembinaan yang mahu dikenali sebagai Nor, berkata seorang daripada tiga mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian itu adalah pekerja di syarikat tersebut dan identitinya dikenal pasti sebagai Saiful, 29.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nor berkata syarikat yang beroperasi di Puchong, Selangor itu perlu mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan pihak berkuasa sebelum penghantaran pulang jenazah.

“Kami dapat maklumat berhubung kejadian runtuhan itu malam semalam dan saya bersama wakil syarikat terus datang dari Selangor bagi mengetahui dengan lebih lanjut. Setakat ini hanya seorang sahaja pekerja syarikat iaitu Saiful yang terlibat dalam kejadian itu,” katanya kepada pemberita selepas hadir membuat pengecaman Saiful di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang di sini hari ini.

Nor berkata keluarga Saiful di Bangladesh telah dimaklumkan berhubung kemalangan yang menimpa mangsa dan beliau berharap ahli keluarganya tabah menghadapi ujian itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya Saiful telah bekerja dengan syarikat pembinaan itu sejak lima tahun lepas dan setiap bulan Allahyarham yang masih bujang itu tidak pernah lupa untuk mengirimkan wang kepada keluarganya di Bangladesh.

“Sebelum dihantar ke sini (Batu Maung), arwah pernah bekerja di Kuantan, Pahang dan Terengganu di bawah syarikat kami…dia seorang yang sangat baik dan rajin bekerja malah seorang yang lemah lembut dalam percakapan serta peribadinya,” katanya.

Katanya Saiful dan semua pekerja warga asing yang bekerja di syarikat itu mempunyai insurans dan kad perakuan daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya dah masuk tengok (buat pengecaman) mayat arwah dan mayatnya dalam keadaan elok serta sempurna, secara luaran tiada kecederaan serius pada badannya cuma terdapat kesan-kesan pasir di badan dan mukanya,” katanya yang sedih dan beberapa kali menahan sebak.

Selain itu, seorang rakan baik Saiful, Tayabur Rahman, 30, warga Bangladesh, yang turut hadir di hospital itu berkata beliau kehilangan seorang sahabat yang sangat baik.

“Saiful memang seorang yang baik, selama lima tahun dia bekerja di Malaysia kami sering berkongsi cerita malah dia sering berdoa dapat mengumpul wang untuk dibawa pulang ke Bangladesh untuk keluarganya,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam kejadian kira-kira 9.58 malam semalam, tiga pekerja pembinaan warga Bangladesh disahkan maut selepas gudang logistik yang dalam pembinaan itu runtuh manakala dua lagi mangsa dilaporkan parah dan dibawa ke HPP untuk menerima rawatan.

BACA: Usia Kehamilan Lebih Awal Dari Tarikh Nikah? Kemungkinan Bunting Pelamin, Ini Maksudnya

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

The post Syarikat Bantu Urus Penghantaran Pulang Jenazah Pekerja Bangladesh appeared first on Siakap Keli.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement