Hi, what are you looking for?

Mamak News

Syarikat Elon Musk diberi kelulusan kaji tanam implan pada otak manusia


BENGALURU: Syarikat teknologi implan otak milik individu terkaya dunia, Elon Musk, iaitu Neuralink memaklumkan pihaknya sudah menerima kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) untuk menjalankan kajian klinikal pertama membabitkan manusia.

Sebelum ini, Musk menjangkakan syarikatnya itu akan memulakan kajian terhadap manusia berhubung implan otak bagi merawat keadaan sukar dikawal seperti lumpuh dan buta.

Namun, syarikat yang ditubuhkan pada 2016 itu tidak memohon kelulusan FDA sehingga awal 2022.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kelulusan FDA diperoleh apabila ahli Parlimen AS menggesa pengawal selia menyiasat sama ada anggota panel yang mengawasi ujian haiwan di Neuralink menyebabkan percubaan yang gagal, selain melakukan ujian secara terburu-buru.

Neuralink sebelum ini juga sudah menjadi sasaran siasatan pihak berkuasa, termasuk Jabatan Pertanian AS (USDA).

Pada 5 Disember lalu, Reuters melaporkan Ketua Inspektor USDA sedang menyiasat, atas permintaan pendakwa raya Persekutuan, potensi pelanggaran Akta Kebajikan Haiwan yang mengawal kaedah penyelidik merawat dan menguji jenis haiwan tertentu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Neuralink menerusi ciapan Twitter memaklumkan, syarikat itu belum mengambil perhatian untuk ujian klinikal.

“Ini adalah hasil kerja luar biasa oleh pasukan Neuralink dengan kerjasama rapat bersama FDA dan mewakili langkah pertama yang suatu hari nanti akan membolehkan teknologi kami membantu ramai orang,” jelasnya. – REUTERS


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 JAKARTA: Seorang penyanyi cacat penglihatan dari Indonesia menerima kejutan besar apabila berjaya meraih Golden Buzzer dalam rancangan America’s Got Talent (AGT), baru-baru ini....

Mamak News

0 SPM: Berkat Doa Guru, Ibu Bapa Raih 11A+, 1A SUNGAI PETANI, 8 Jun (Bernama) — Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 negeri...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew bantu ibu tunggal bertatu di sekitar Jakarta, Indonesia berikutan wanita berkenaan terpaksa menyara anaknya yang...

Sukan

0 MADRID – Penyerang antarabangsa Perancis, Karim Benzema akhirnya sah menyertai kelab juara Liga Arab Saudi, Al Ittihad selepas menandatangani kontrak selama tiga tahun...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications