Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Syed Saddiq Ahli Politik Pertama Dikenakan Hukuman Sebat – Pendakwaan


Syed Saddiq Ahli Politik Pertama Dikenakan Hukuman Sebat - Pendakwaan

Syed Saddiq Ahli Politik Pertama Dikenakan Hukuman Sebat – Pendakwaan

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) — Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, merupakan ahli politik pertama di negara ini yang dikenakan hukuman sebat selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Perkara itu disahkan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin yang mengetuai pasukan pendakwaan bagi kes Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu yang didakwa atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Wan Shaharuddin berkata hukuman sebat terpakai bagi pesalah lelaki yang berumur di bawah 50 tahun.

“Berdasarkan Seksyen 289 (c) Kanun Prosedur Jenayah 2007, pesalah perempuan, lelaki yang dijatuhkan hukuman mati dan lelaki yang berumur lebih dari 50 tahun, tidak boleh dikenakan sebatan,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Dalam pada itu, Wan Shaharuddin yang juga Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berharap keputusan itu menjadi amaran kepada ahli politik lain agar tidak mengkhianati amanah rakyat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta ke atas Syed Saddiq, 30, selepas beliau didapati bersalah atas empat pertuduhan berkenaan.

Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan satu sebatan bagi kesalahan bersubahat melakukan pecah amanah, dua tahun penjara dan satu sebatan bagi pertuduhan salah guna harta manakala bagi dua kesalahan pengubahan wang haram masing-masing dipenjara dua tahun dan denda RM5 juta atau penjara empat tahun jika gagal membayar denda.

Selepas keputusan itu, bekas Menteri Belia dan Sukan itu yang hadir di mahkamah memakai sut berwarna hitam kelihatan tenang dan sempat menenangkan ibu serta bapanya yang menangis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Syed Saddiq ketika ditemui pemberita selepas prosiding berkata beliau menghormati keputusan mahkamah dan sebagai seorang penggubal dasar, beliau perlu menetapkan kepercayaan ke atas institusi kehakiman.

“Institusi kehakiman itu lazimnya merupakan benteng terakhir bagi rakyat Malaysia dan tidak ada beza saya dan rakyat lain. Kalau orang lain perlu menghormati keputusan mahkamah, saya juga perlu menghormati keputusan mahkamah,” kata bekas Ketua Armada itu.

Syed Saddiq juga berkata beliau telah berbincang dengan peguamnya dan akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan secepat mungkin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ini supaya institusi kehakiman dan mahkamah yang akan dijadikan penentu terakhir atas nasib saya dan juga medan terbaik untuk membersihkan nama saya. Dalam bab ini saya berpegang pada kata-kata berani kerana benar “Qulil haq walau kana murran” berkatalah benar walaupun pahit,” katanya.

Sementara itu, peguamnya Gobind Singh Deo berkata notis rayuan akan difailkan hari ini.

BACA: Ramai Tertanya-tanya, Selepas Generasi X, Y & Z, Generasi Apa Pula? Ini Jawapannya

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

The post Syed Saddiq Ahli Politik Pertama Dikenakan Hukuman Sebat – Pendakwaan appeared first on Siakap Keli.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Lifestyle

0 Ini antara gerai yang menjual laksa Sarawak di Singapura Ini Gerai Laksa Sarawak Yang Anda Boleh Cuba Di Singapura. Kehidupan anak perantau kadang...

Mamak News

0 Kes Zayn Rayyan: Polis Ambil 228 DNA Penduduk Apartment Idaman PETALING JAYA, 10 Dis (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil sejumlah...

Mamak News

0 Lelaki Bunuh Ibu Bapa Direman Seminggu KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) — Lelaki yang dipercayai membunuh ibu dan bapanya dalam pergaduhan di rumah...

Mamak News

0 Angka Kematian Di Palestin Meningkat Kepada 17,674 Orang – Kementerian Kesihatan RAMALLAH (Palestin), 10 Dis (Bernama-WAFA) — Angka kematian penduduk Palestin susulan serangan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications