Hi, what are you looking for?

#image_title

Hiburan

Syifa Melvin menangis tertekan uruskan anak


PETALING JAYA – Kehidupan berubah sepenuhnya selepas bergelar ibu, pelakon Syifa Melvin mengakui bukan mudah untuk menjaga seorang anak terutama pada awal kelahiran.

Masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dengan tanggungjawab baharu, pemilik nama penuh Nur Syifa Atirah Amirul Melvin itu pernah menangis akibat terlalu tertekan.

“Selepas dua bulan menjadi ibu, perubahan hidup yang drastik ya, mula-mula memang terasa sangat kekok dan tertekan.

“Saya sendiri menitiskan air mata beberapa kali, badan penat, tidur tak payah cakap, memang tidak teratur,” katanya menerusi satu hantaran dalam Instagram.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Begitupun, isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Safawi Rasid itu memberitahu kehidupannya kini kembali ceria selepas berjaya mengadaptasi keadaan, sekali gus mengawal perubahan tersebut.

Malah, pensohor media sosial berusia 28 tahun itu juga sempat menitipkan doa kepada wanita lain yang sudah sekian lama menantikan cahaya mata agar turut merasai nikmat menjadi seorang ibu pada suatu hari nanti.

“Lama-kelamaan bila sudah dapat rentak, jadi seronok pula bergelar ibu bapa. Bila tengok anak pun timbul perasaan bahagia itu.

“Saya doakan kepada semua golongan isteri yang masih menanti (zuriat), penantian itu bakal berakhir tak lama lagi, jangan berhenti berusaha dan berdoa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Rahim kalian akan dihuni oleh malaikat kecil yang akan membawa 1001 kebahagiaan buat golongan ibu semua, Aamin,” katanya.

Syifa dan Safawi mendirikan rumah tangga pada 28 November tahun lalu dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor.

Hasil perkahwinan, pasangan sama cantik sama padan itu dikurniakan cahaya mata sulung iaitu Saif Sulaiman pada 30 September lalu. – KOSMO! ONLINE.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 LONDON – Pengendali Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou enggan para pemainnya terlalu kecewa dan mengenang kekalahan 1-2 kepada West Ham United kelmarin sekali gus...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Banyak kali berpeluang ke Mekah mengerjakan umrah, pelakon Puteri Sarah Liyana menyifatkan peluang tersebut sebagai rezeki Allah selain mengakui tanah...

Sukan

0 MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui pasukan itu perlu muhasabah diri bagi memastikan pemain-pemainnya tidak terlalu selesa dengan kejayaan dikecapi selama...

Hiburan

3s KUALA LUMPUR – Penyanyi berbakat besar Nadeera berbesar hati apabila namanya dibandingkan dengan penyanyi senior namun enggan perbuatan tersebut dilakukan secara berlebih-lebihan. Kata...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications