Satu kajian menunjukkan tabiat vaping boleh mengurangkan jumlah sperma dan testis mengecut
Kajian: Tabiat Vaping Mampu Sebabkan Testis Mengecut Dan Jumlah Sperma Berkurangan. Satu kajian baru mendapati bahawa e-rokok atau vape boleh menyebabkan saiz testis mengecil atau mengecut serta jumlah sperma berkurangan, lapor New York Post.
Kajian dikatakan dilakukan terhadap tikus jantan. Para saintis Turki yang menjalankan kajian itu dilaporkan mengukur saiz testis tikus sebelum dan selepas mereka terdedah kepada asap rokok dan wap e-rokok.
Kajian dilakukan dalam darah dan kelamin haiwan itu, namun ia juga beri kesan yang lebih buruk kepada organ lelaki
Menurut siakap keli, kesan asap rokok konvensional dalam kajian terdahulu turut mendedahkan bahawa ia memberi kesan yang lebih buruk kepada organ lelaki.
Difahamkan, kiraan sperma tikus yang terdedah kepada wap e-rokok ialah 95.1 juta sperma setiap mililiter. Ia berkurang daripada 98.5 juta setiap mililiter tikus yang tidak terdedah kepada sebarang nikotin.
Manakala, kumpulan tikus yang terdedah kepada asap rokok mempunyai jumlah terendah daripada ketiga-tiga kiraan dengan 89 juta sperma setiap mililiter.
Testis haiwan kajian itu juga didapati lebih kecil dan ringan berbanding tikus yang terdedah kepada wap e-rokok dan kumpulan kawalan.
“Walaupun cecair e-rokok telah diperkenalkan sebagai tidak berbahaya dalam kajian berhenti merokok, ia boleh meningkatkan tekanan oksidatif dan menyebabkan perubahan morfologi testis,” tulis penyelidik dalam laporan mereka.
Kajian tahun 2020, lelaki guna e-rokok setiap hari mempunyai masalah kesuburan
Dalam pada itu, pada tahun 2020 pula, penyelidik Denmark juga mendapati bahawa lelaki yang menggunakan e-rokok setiap hari mempunyai jumlah sperma yang rendah.
Hal ini kerana e-rokok dikatakan cara terbaik untuk membantu individu berhenti merokok. Dianggarkan seramai 12 juta orang dewasa menggunakan e-rokok manakala berjuta-juta remaja dan kanak-kanak turut terlibat dalam aktiviti tersebut.
Memetik Jurnal Life, penggunaan e-rokok boleh menyebabkan kecederaan paru-paru dan kesihatan mental yang lemah. Bahkan, ia juga dikaitkan dengan masalah kesuburan bagi pengguna lelaki yang mengamalkannya.
Sementara itu, bagi mereka yang mengalami masalah kesuburan dan sedang hamil, doktor mengesyorkan agar mereka berhenti mengamalkan amalan merokok.
Baca juga artikel yang berkaitan:
Artikel asal oleh: iloveborneo.my
RM13.01
