Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Tahun 2024, Uyaina Arshad bakal berempat


PETALING JAYA – Permulaan tahun 2024 menjadi fasa lebih mengggembirakan buat pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad yang bakal menerima ahli keluarga baharu apabila disahkan hamil anak kedua.

Menurut pemilik nama lengkap Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 32, usia kandungannya sudah memasuki trimester kedua iaitu sekitar empat hingga enam bulan.

“Kami ada berita baik untuk dikongsi. Tahun 2024, insya-Allah akan berempat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Alhamdullillah, syukur padaMu. Kami menanti kelahiran anak kedua dan usia kandungan sudah di trimester kedua,” katanya dalam satu hantaran Instagram.

Sama seperti individu lain, hos program Wanita Hari Ini itu turut meminta orang ramai terus menitipkan doa yang baik buat dirinya dan keluarga.

‘Keluarga kami akan bertambah besar. Tolong doakan keluarga kecil kami dan semoga yang baik-baik untuk kalian juga,” katanya lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berita gembira tersebut sekaligus mengubat duka Uyaina yang pernah mengalami keguguran anak kedua sekitar Mei lalu.

Terdahulu, Uyaina dan Syahiran mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raja Urhan kini berusia dua tahun. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement