Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Tak Ada Pundi Kencing, Ini Antara Sebab Najis Burung Berwarna Putih


Tak Ada Pundi Kencing, Ini Antara Sebab Najis Burung Berwarna Putih

Burung merupakan sejenis haiwan dari keluarga unggas yang mempunyai pelbagai jenis spesis dan sub-keluarga.

Kebanyakan burung mempunyai selera memakan buah dan serangga kecil di kawasan hutan serta rumput tinggi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Burung makan pelbagai jenis makanan, daripada buah beri merah, dedaunan, serangga dan macam-macam lagi.

Namun begitu, mengapa burung mengeluarkan tahi berwarna putih?

Untuk mengetahui apa yang berlaku, kita perlu memahami tahi burung diperbuat daripada apa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Setiap organisma yang makan perlu menyingkirkan semula bahan buangan yang sudah tidak digunakan oleh badan.

Penyingkiran makanan yang tidak dicerna dipanggil sebagai membuang air besar, manakala penyingkiran bahan buangan daripada metabolisme dipanggil perkumuhan.

Bagi manusia, pembuangan air besar dilakukan menerusi dubur pembuangan najis, manakala perkumuhan berlaku melalui saluran kencing dan pembuangan air kencing.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Manusia dan mamalia lain sebanyak 95% daripada air kencing adalah air daripada dalam badan.

Sebaliknya ia terdiri daripada garam, surih protein dan hormon serta urea. Urea ialah sebatian organik toksik, mudah larut dalam air yang membawa sisa nitrogen yang dihasilkan semasa perkumuhan.

Tidak seperti mamalia, burung tidak mengeluarkan air kencing sebagai cecair badan yang berasingan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kredit Jarvell Jardey/Alamy

Sebaliknya, bahan buangan badan mereka dikumuhkan bersama dalam bentuk asid urik iaitu bahan seperti pes putih yang melekit.

Najis burung itu sendiri tidak berwarna putih dan ia sebenarnya hasil daripada campuran air kencing burung.

Kredit Birdfact

Burung tidak mempunyai pundi kencing yang berfungsi seperti mamalia. Ketiadaan itu membolehkan mereka menjadi ringan dan memiliki kecekapan untuk terbang tinggi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Disebabkan pembuangan sisa kencing dan najis pada masa yang sama, burung tidak akan membawa lebihan bebanan dalam satu masa yang sama.

Apa yang membuatkan tahi burung menjadi putih?

Buah pinggang burung bekerja keras untuk mengeluarkan sisa nitrogen dari aliran darah badan mereka. Pada manusia dan mamalia, bahan buangan ini terlarut dan keluar dari badan dalam bentuk air kencing.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kredit BirdSpot

Memandangkan burung tidak mempunyai organ berasingan untuk membuang air kecil dan besar, semua bahan buangan dikumuhkan melalui satu bukaan yang dipanggil kloaka.

Kloaka berfungsi sebagai pintu masuk untuk tujuan pembiakan, bertelur dan membuang najis.

Pes melekit yang dibuang oleh burung adalah asid urik, bersamaan dengan air kencing burung.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Najis burung juga kadangkala dikenali sebagai guano, dan mengandungi kepekatan nitrat dan ammonia yang tinggi.

Selepas proses pembuangan dalam bentuk pes, burung juga mengehadkan jumlah air yang hilang dari dalam badan mereka.

Kredit Birdfact

Ini bermakna terdapat risiko yang kurang untuk dehidrasi kerana mereka hanya mengekalkan air yang diperlukan sahaja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kredit ABC

Dalam pada itu, satu kajian di England mendapati kereta berwarna merah berkemungkinan besar menjadi sasaran untuk najis burung. Ia diikuti oleh warna biru dan hitam.

Warna hijau pula adalah warna yang paling selamat dan tidak mungkin akan menjadi sasaran najis burung.

Sumber: Birdfact, Audubon, Birdspot

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Panik melihat anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat sekatan menyebabkan ada penunggang motosikal sanggup membahayakan diri dengan melawan arus bagi...

Mamak News

0 IPOH – Sebanyak 10,568 notis dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan sepanjang Op Khas Motosikal 2023 dilancarkan bermula 1...

Mamak News

0 Bebas Selepas Dipenjara 28 Tahun, Ujian DNA Terbaru Buktikan Lelaki Tidak Bersalah Seorang lelaki di California menarik nafas lega apabila dapat mengecapi kebebasan...

Lifestyle

0 Tikter ini didakwa flex barang yang bukan miliknya Tampil Bergaya Rupanya Kantoi Pencuri, Individu Ini Dedah Tikter Sering Curi Barang Roommate. Seorang wanita...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications