Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Tak Berkenan Suami Berkulit Gelap, Wanita Nekad Bakar Suami Hidup-Hidup Sampai Mati


bakar suami berkulit gelap

Tak Berkenan Suami Berkulit Gelap, Wanita Nekad Bakar Suami Hidup-Hidup Sampai Mati

Mahkamah daerah di Sambhal, Uttar Pradesh telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada seorang wanita kerana telah membakar suaminya yang ‘berkulit gelap’, lapor Deccan Herald.

Dalam perbicaraan kes itu, Hakim Ashok Kumar Yadav turut mengenakan denda Rs 25,000 ke atas tertuduh yang telah ditahan di penjara sejak empat tahun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tertuduh (26) dilaporkan sangat tidak menyukai suaminya (25) kerana penampilannya dan pernah beberapa kali meminta cerai daripada suaminya itu.

Selain itu, tertuduh juga dikatakan telah mengancam suaminya itu dengan sangat teruk.

Bagaimanapun, suaminya itu tidak mengambil serius ancaman itu dan terus hidup bersama isterinya walaupun sering kali bertengkar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walaupun pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, hubungan mereka sering tegang dan tertuduh juga nekad dengan keputusannya untuk berpisah.

Pada April 2019, tertuduh akhirnya telah bertindak menyiram petrol ke atas suaminya ketika dia sedang tidur sebelum membakarnya hidup-hidup.

Difahamkan, ketika berada dalam keadaan kritikal di hospital untuk beberapa jam, mangsa sempat menamakan isterinya sebagai pembunuh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kenyataan itu dibuat mangsa kepada polis ketika saat akhirnya sewaktu berada di hospital tersebut.

Dalam kenyataan itu juga, mangsa turut memberitahu bahawa tertuduh seringkali mengancamnya untuk membakarnya sekiranya dia tidak mahu menceraikannya.

BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tertuduh kemudiannya ditahan polis selepas abang mangsa memfailkan laporan polis berhubung kejadian itu.

“Saya bawa isteri saya ke rumah ibu bapanya sehari sebelum kejadian, di mana mentua saya memberitahu bahawa dia tidak suka saya dan mahu berpisah. Saya pulang ke rumah pada malam yang sama.

“Pagi esoknya, ketika saya tidur dekat rumah sewaktu dia membakar saya. Isteri saya tidak pernah sukakan saya sejak kami berkahwin kerana rupa saya dan kami kerap bertengkar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dia kata rupa saya tidak menarik serta gelap dan saya sepatutnya melepaskan dia atau dia akan membakar saya dengan api. Hari ini, dia akhirnya lakukan apa yang pernah dia ancam kepada saya sebelum ini…” kata mangsa sebelum meninggal dunia.

Dalam perbicaran itu, tertuduh mendakwa bahawa dia tidak bersalah dan dia cuba untuk menyelamatkan suaminya.

Bagaimanapun, mahkamah berkata bahawa pertuduhan terhadap tertuduh telah dibuktikan tanpa sebarang keraguan munasabah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Deccan Herald

The post Tak Berkenan Suami Berkulit Gelap, Wanita Nekad Bakar Suami Hidup-Hidup Sampai Mati appeared first on Siakap Keli.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Hiburan

0 PETALING JAYA – Banyak kali berpeluang ke Mekah mengerjakan umrah, pelakon Puteri Sarah Liyana menyifatkan peluang tersebut sebagai rezeki Allah selain mengakui tanah...

Sukan

0 MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui pasukan itu perlu muhasabah diri bagi memastikan pemain-pemainnya tidak terlalu selesa dengan kejayaan dikecapi selama...

Hiburan

3s KUALA LUMPUR – Penyanyi berbakat besar Nadeera berbesar hati apabila namanya dibandingkan dengan penyanyi senior namun enggan perbuatan tersebut dilakukan secara berlebih-lebihan. Kata...

Mamak News

0 Angka Kematian Di Palestin Meningkat Kepada 17,674 Orang – Kementerian Kesihatan RAMALLAH (Palestin), 10 Dis (Bernama-WAFA) — Angka kematian penduduk Palestin susulan serangan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications