Hi, what are you looking for?

Mamak News

Tak Dapat Bersama Anak Lebih Lama, Ibu Abadikan ‘Mili’ Dalam Buku Cerita


Tak Dapat Bersama Anak Lebih Lama, Ibu Abadikan ‘Mili’ Dalam Buku Cerita

Melihat anak membesar dengan baik merupakan impian bagi setiap ibu bapa di dunia ini. Namun, kita sebagai manusia segala ketentuan seperti ajal dan maut seseorang bukanlah sesuatu yang mampu kita kawal.

Apabila cahaya mata dijemput Tuhan pada usia yang sangat muda, situasi tersebut bagi ibu bapa adalah perkara pahit yang sukar untuk diterima pada awalnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam jangka masa yang singkat, tidak begitu banyak memori yang mampu dicipta. Harapan untuk mengajar mereka banyak perkara terbantut begitu sahaja. Ibu bapa juga tidak sempat melihat mereka membesar dan mencuba pelbagai benda baharu.

Pelbagai cara yang dilakukan untuk mengatasi rasa kehilangan orang tersayang seperti membuat amal jariah, meneruskan impiannya dan sebagai.

Mahu anaknya membuat lebih banyak rakan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Winata (@MBWinata) mengatasi perasaan kehilangan anak perempuannya dengan cara yang agak unik.

Dalam ciapannya, wanita itu turut berkongsi serba sedikit mengenai anak perempuannya yang bernama Mili.

Difahamkan, Mili telah meninggal dunia pada 23 Mei tahun lepas. Setahun selepas pemergian Mili, Winata berhajat mahu mencipta memori dan ‘kawan baharu’ untuk Mili.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada awalnya, ia mungkin kedengaran agak aneh kerana tidak mungkin kita dapat berkawan dengan orang yang sudah tidak ada lagi di dunia.

Rupanya, Winata telah menzahirkan anak perempuannya sebagai salah satu watak dalam buku cerita kanak-kanak keluarannya.

Dalam buku cerita ini, beliau telah menciptakan satu dunia fantasi agar ‘anaknya’ kekal hidup dan bermain di sana.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, rekaan karakter Mili dalam buku cerita ini kelihatan agak mirip dengan rupa paras anak perempuannya.

“Mili bermaksud mengalir, lembut, sejuk sehingga kedatangannya memberikan senyuman kepada semua orang,” tulis Winta dalam ciapan.

Dalam bebenang ciapannya di Twitter, beliau memberikan sedikit sedutan daripada buku cerita tersebut yang berjudul “Mili Kecil dan Pemilik Bungkusan Misteri”.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berdasarkan sedutan daripada buku tersebut, Mili telah berkawan dengan haiwan-haiwan kecil seperti ulat gonggok, belalang, kura-kura dan haiwan comel yang lain.

Menariknya, buku yang memiliki ilustrasi comel dan menarik ini bukanlah untuk dijual. Sebaliknya, buku cerita ini menjadi bahan bacaan ahli keluarga Winata dan kawan-kawan yang rapat.

Sungguhpun begitu, sesiapa yang berminat untuk mendapatkan buku tersebut boleh menghubungi dirinya. Kata Winata, buku berkenaan akan diberikan secara percuma kepada mereka yang berhajat untuk memilikinya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Jika stok masih ada, kami akan hantar secara percuma.”

Begitulah kasih sayang seorang ibu pada anaknya. Walaupun sudah terpisah alam, ikatan cinta yang ada antara ibu dengan si anak tidak akan pernah terlerai.

BACA: Jokowi Tolak Naik Heli, Nak Tinjau Sendiri Jalan Rosak Guna Kereta

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: @MBWinata via Twitter


Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 KUALA NERUS – Seorang mekanik maut setelah kereta Perodua Kancil dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah jengkaut di Kampung Buluh Gading di sini, hari...

Mamak News

0 JAKARTA: Seorang penyanyi cacat penglihatan dari Indonesia menerima kejutan besar apabila berjaya meraih Golden Buzzer dalam rancangan America’s Got Talent (AGT), baru-baru ini....

Mamak News

0 SPM: Berkat Doa Guru, Ibu Bapa Raih 11A+, 1A SUNGAI PETANI, 8 Jun (Bernama) — Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 negeri...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew bantu ibu tunggal bertatu di sekitar Jakarta, Indonesia berikutan wanita berkenaan terpaksa menyara anaknya yang...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications