Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Mamak News

Tak Kumpau, Budak 11 Tahun Belanja Skill Naikkan Ikan Keli Berat 68 Kilogram


ikan keli berat 68 kilogram

Tak Kumpau, Budak 11 Tahun Berjaya Naikkan Ikan Keli Berat 68 Kilogram

Seorang kanak-kanak berasal dari United Kingdom dilaporkan berjaya menangkap ikan keli seberat 68.94 kilogram semasa sedang bercuti di Sepanyol, lapor Daily Mail.

Kejayaan itu sekaligus melayakkan, Joshua Davenport, 11, merangkul rekod Eropah kategori ikan air tawar terbesar yang pernah ditangkap oleh seorang kanak-kanak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, ikan berkenaan didaratkan oleh Joshua ketika keluar memancing bersama ibu dan bapanya serta sepupunya di Sungai Ebro.

Ibu Joshua, Lorna berkata mereka melihat batang pancing milik Joshua membengkok dengan sangat kuat ketika umpan disambar ikan keli berkenaan.

| KampungmamakcomKredit Lorna King/BPNS

Menurut Daily Mail lagi, Joshua terpaksa bertarung selama 25 minit sebelum berjaya menumpaskan ikan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, mereka memerlukan kekuatan tiga orang dewasa untuk membawa naik ikan keli yang ditangkap Joshua ke darat.

Budak 11 tahun tangkap ikan keli berat 68 kilogram

Selain memiliki berat puluhan kg, panjang ikan keli itu juga berurukan 9 kaki. Ia lebih panjang jika hendak dibandingkan dengan ketinggian Joshua sendiri yang hanya berketinggian 5 kaki 5 inci.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kejayaan menaikkan ikan itu sekaligus juga meleburkan rekod peribadi Joshua dimana ikan terberat yang pernah ditangkapnya adalah seberat 50 kilogram.

Sementara itu, Lorna menambah bahawa memancing sudah menjadi hobi anaknya sejak sekian lama. Malah, Joshua sebenarnya mula menunjukkan minat terhadap aktiviti memancing sejak berusia 4 tahun lagi.

“Memancing adalah segala-galanya untuk Josh. Dia memilik joran pertamanya pada usia empat tahun dan ikan keli pertama yang berjaya ditangkap adalah seberat 10 kilogram ketika berusia enam tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Josh sudah memancing beribu-ribu ekor ikan. Tetapi ikan yang paling dia suka adalah ikan keli,” kata Lorna lagi.

Menurut Lorna, ia selalu menjadi impian Joshua untuk memburu ikan dengan berat sekurang-kurangnya 45 kilogram ke atas.

Apabila ikan keli berkenaan menyambar umpan tersebut dan melihat keadaan batang pancing ketika itu, mereka tahu saiz ikan itu sangat besar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jadi katanya, mustahil untuk Joshua mengsia-siakan peluang itu dan berusaha gigih untuk mendaratkan ikan berkenaan.

| KampungmamakcomKredit Lorna King/BPNS

BACA: Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor

Sumber: Daily Mail

Advertisement. Scroll to continue reading.

The post Tak Kumpau, Budak 11 Tahun Belanja Skill Naikkan Ikan Keli Berat 68 Kilogram appeared first on Siakap Keli.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – Madu kepada pempengaruh media sosial Marissa Dania Hakim iaitu Misya Mazlan tidak menolak rezeki sekiranya dikurniakan cahaya mata ketiga dengan...

Hiburan

3s PETALING JAYA – “Lawan tetap lawan.” Demikian luahan wanita bernama Nazatul Nazira yang berdepan saman daripada pelakon, Puteri Sarah membabitkan tuntutan berjumlah RM1...

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Kepada adik-adik yang tengah sekolah, jangan main-main, rugi. Nanti bila umur 40 tahun akan pandang balik.” Demikian pesanan penyanyi Hazama...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pelakon sensasi, Rozita Che Wan atau Che Ta memperuntukkan elaun mekap (solekan) anak kesayangannya, Aaisyah Dhia Rania sebanyak RM250 setiap...

Advertisement