Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Tak minat artis, Zarina Zainoordin pilih duda kaya


PETALING JAYA – PELAKON dan penyanyi, Zarina Zainoordin mendedahkan menjalin hubungan cinta dengan ahli perniagaan berstatus duda anak dua yang dikenali sejak 10 tahun lalu.

Akui Zarina, dia selesa menjalinkan hubungan dengan lelaki berusia 52 tahun itu yang disifatkan bersikap terbuka, selain mempunyai kedudukan kewangan kukuh.

“Kami sudah 10 tahun rapat dan dia bapa kepada dua  anak yang masih belajar di sekolah menengah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dia juga bukan dalam kalangan orang seni kerana saya memang elak bercinta dengan artis, saya pilih yang berduit.

“Dia pun tahu kenapa saya pilih dia yang tak pernah berkira, tahu-tahu duit bulanan rumah dia dah bayar,” katanya ketika ditemui Kosmo! Online selepas tayangan drama bersiri Gemersik Berbisik, semalam.

Meskipun sudah lama bercinta, aktres berusia 40 tahun itu mengakui tidak tergesa-gesa  mendirikan rumah tangga.

“Kalau ikutkan saya memang sudah lama bersedia untuk berumah tangga iaitu sejak zaman sekolah lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tapi tidaklah sampai tahap tertekan sebab sekarang masih belum berkahwin pada usia 40 tahun.

“Bahkan keluarga dan saudara mara tak pernah tanya soal jodoh, kecuali sesekali apabila balik raya terasa juga ketika dikelilingi mereka yang sudah berkahwin,” ujarnya.

Percaya dengan ketentuan jodoh, Zarina yakin hasrat bergelar isteri bakal menjadi kenyataan apabila tiba masanya.

“Mungkin dulu saya sibuk cari rezeki untuk bantu keluarga, itu yang sampai terlajak. Manalah tahu tahun ini kahwin. Doakan saya ya.

“Kalau sampai masanya pun saya pilih bersederhana, utamakan perkara wajib dulu, baru fikir resepsi dan sebagainya” ungkapnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, bekas peserta Akademi Fantasia musim kedua itu pernah menjalin hubungan dengan beberapa pelakon lelaki namun kecundang di tengah jalan.

Zarina juga pernah merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan bekas gitaris sebuah band muzik pada 2010, namun perancangan itu dibatalkan atas sebab tertentu,” katanya.

Sementara itu, mengenai pembabitan dalam drama bersiri lapan episod terbitan NS Star Studio yang disiarkan menerusi Unifi TV, Zarina membawakan watak Ipong. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement