Hi, what are you looking for?

#image_title

Hiburan

Tak muncul di televisyen, Wafariena sendu?


PETALING JAYA – “Tiada ‘job’? Maaf, sepanjang lima tahun dalam bidang ini saya terima pelbagai tawaran berlakon.”

Demikian respons pelakon Wafariena apabila didakwa ‘sendu’ dan tidak laku apabila lama wajahnya tidak muncul di televisyen.

Tegas anak jati Pulau Mutiara itu, bukan tiada tawaran sebaliknya kebanyakan drama dibintangi belum disiarkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya lagi, sehingga hari ini tawaran berlakon tidak pernah putus sehingga tidak sempat bercuti panjang demi memenuhi tuntutan penggambaran.

“Kalau nak tahu saya cuma dapat cuti panjang ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selain cuti sakit selama dua bulan akibat kecederaan ketika penggambaran sebuah drama tahun lalu.

“Selebihnya saya ada di set penggambaran. Jadi mana datangnya cerita saya sendu dan tiada tawaran kerja?

“Tak muncul di televisyen tak bermakna saya sendu. Kebanyakan drama yang saya buat belum disiarkan lagi,” katanya kepada Kosmo! Online.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditanya sama ada selektif memilih naskhah, aktres berusia 28 tahun itu berkata dia terbuka menerima semua tawaran kecuali adegan lasak.

Tiada istilah memilih, tapi kalau ditawarkan berlakon filem atau drama aksi yang memerlukan saya melakukan lagak ngeri sendiri, saya kena elak berikutan masalah pada bahagian peranakan kesan kejadian terdahulu.

“Alhamdulillah, sekarang semuanya sudah beransur pulih. Saya pun tidak mengalami sebarang kesan teruk tetapi kena elak melakukan aksi lasak.

“Kalau genre lain, saya okey sahaja sebab memang suka berlakon,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Wafariena pernah cedera di bahagian tisu punggung dan luka di perut ketika melakonkan adegan aksi sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital.

Sehubungan itu, ibu kepada pelakon itu, Suzana Hamad, 59, memberi tempoh seminggu kepada pihak produksi untuk berbincang bagi menyelesaikan segala permasalahan berlaku sebelum membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 LONDON – Pengendali Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou enggan para pemainnya terlalu kecewa dan mengenang kekalahan 1-2 kepada West Ham United kelmarin sekali gus...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Banyak kali berpeluang ke Mekah mengerjakan umrah, pelakon Puteri Sarah Liyana menyifatkan peluang tersebut sebagai rezeki Allah selain mengakui tanah...

Sukan

0 MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui pasukan itu perlu muhasabah diri bagi memastikan pemain-pemainnya tidak terlalu selesa dengan kejayaan dikecapi selama...

Hiburan

3s KUALA LUMPUR – Penyanyi berbakat besar Nadeera berbesar hati apabila namanya dibandingkan dengan penyanyi senior namun enggan perbuatan tersebut dilakukan secara berlebih-lebihan. Kata...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications