Hi, what are you looking for?

#image_title

Hiburan

Tak payahlah bertanding siapa ‘terpaling’ Palestin – Azhan Rani


PETALING JAYA – Pelakon Azhan Rani menyelar sikap menyedihkan segelintir individu yang sanggup bertelagah sesama sendiri semata-mata mahu mendabik dada kononnya merekalah ‘pejuang’ Palestin nombor satu.

Katanya, dalam usaha solidariti kepada saudara seagama di Gaza sepatutnya semua pihak bersatu padu, bukan berpecah belah atau saling berebut siapa paling lantang bersuara.

“Mulai hari esok, tak payahlah lagi bertanding siapa yang ‘terpaling’ Palestin. Setiap pendoa buat mereka di sana adalah pejuang. Insya-Allah, walau kita tak mampu ke medan tempur.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tidak kisahlah ahli politik mahu pun kita rakyat biasa, tak perlulah caci mencaci, remeh meremehkan, ejek mengejek, berkasar bahasa menunjukkan siapa yang ‘terpaling’ pejuang. Kita semua di sini sahaja.

“Sokong mana yang bagus dengan akal dan budi kita. Yang kita rasa tak okey tu, kita doakan perlahan-lahan untuk mereka bersama mengangkat kalimat Allah.

“Macam mana nak menang, belum bertempur, kita dah berpecah,” katanya dalam perkongsian Instagram.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi hantaran sama, pelakon Nur itu turut meminta maaf apabila terpaksa meluahkan pandangan tersebut panjang lebar sebagai peringatan buat semua pihak.

Malah Azhan tidak ketinggalan menzahirkan rasa kagum terhadap keberanian tentera Al-Qassam yang dilihat tidak gentar berjuang membebaskan Palestin daripada kezaliman Zionis.

“Serius, saya kagum dengan mereka. Walau tak pakai helmet perang canggih kalis pelurus, dengan serban litup muka sahaja, mereka ini lebih menggerunkan dan nampak benar-benar pejuang,” ulasnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Aktor berusia 47 tahun itu juga meminta semua pihak agar kembali kepada niat membantu, sekali gus mengubah mentaliti yang lebih positif.

“Doalah sama-sama, kita usaha berubah jadi lebih baik berbanding hari ini dan semalam,” katanya ringkas.

Dalam hantaran tersebut pemilik nama lengkap Azhan Abd. Rani itu turut menggayakan lilitan serban seperti tentera Al-Qassam. -KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 TOKYO: Sebuah kilang pembuatan Jepun mendapat perhatian warga net baru-baru ini kerana mengeluarkan produk tukul berbentuk seperti pisang sebenar. Kilang besi Ikeda yang...

Mamak News

0 Bantuan Kepada Penduduk Palestin Di Gaza Tidak Cukup – PBB WASHINGTON, 30 Nov (Bernama-AA) — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres...

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Selepas jadi bapa, rasa muda semula (ketawa). Demikian respons rawak hero Malaya, Remy Ishak apabila disuakan pertanyaan bagaimana perasaan selepas...

Sukan

0 MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berharap ‘perang’ yang tercetus antara Pesuruhjaya Sukan, Suhardi Alias dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak berterusan sepanjang...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications