Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Mamak News

Tak Perlu Beli Kat Kedai, Ini Resepi Ayam Masak Thai Yang Perlu Anda Cuba


resepi ayam masak thai

Tak Perlu Beli Kat Kedai, Ini Resepi Ayam Masak Thai Yang Perlu Anda Cuba

Siapa di sini penggemar masakan Thailand (Thai)? Tentunya ramai yang ‘tertambat’ dengan selera makanan Thai, lebih-lebih lagi banyak kedai dan restoran kini menawarkan menu dari negara jiran itu.

Kadangkala ada yang sanggup ‘lepak’ di kedai-kedai sehingga larut malam semata-mata hanya untuk menikmati pelbagai makanan Thai termasuk ayam masak Thai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pun begitu, kadangkala ‘membeli’ makanan di luar memerlukan kos yang banyak, justeru ramai yang memilih untuk memasak sendiri di rumah kerana jauh lebih jimat.

Oleh itu, hari ini, SK akan berkongsikan resipi ayam masak Thai oleh @naarzff di bawah.

Resipi Ayam Masak Thai

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bahan-bahan

Setengah ekor ayam
4 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
Kunyit hidup
1 cili hijau (besar)
3 cili merah (besar)
7 hingga 8 batang cili padi
3 batang serai
5 hingga 7 helai daun limau purut
2 sudu sos cili
1 setengah sudu sos tiram
Gula melaka
Limau nipis

BACA JUGA: Periksa Benda Penting Ni Dulu Sebelum Beli Kereta Terpakai, Takut Pernah Tenggelam Banjir

Advertisement. Scroll to continue reading.

Cara Penyediaan 

Pertama, potong empat biji bawang merah kecil, enam ulas bawang putih, sedikit kunyit hidup, sebatang cili hijau besar, tiga atau empat batang cili merah besar dan tujuh hingga lapan batang cili padi (ikut tahap kepedasan masing-masing).

| KampungmamakcomGambar: TikToK @naarzff

Kemudian, masukkan kesemua bahan ini ke dalam pengisar (blender) dan kisar sehingga menjadi halus. 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kedua, gaulkan ayam yang telah siap dipotong dengan garam dan kunyit. Kemudian, gorengkan ayam tadi ke dalam minyak panas sehingga separuh masak. 

Ketiga, tumis tiga batang serai yang diketuk sehingga naik bau (boleh guna lebihan minyak tadi).

| KampungmamakcomGambar: TikToK @naarzff

Keempat, setelah baunya naik, masukkan bahan yang dikisar. Tumiskan ia sehingga kering atau pecah minyak kemudian tambah air. Ulang langkah ini dua atau tiga kali supaya cili betul-betul masak. 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kelima, masukkan empat atau lima daun (buang tulang), kacau sebentar dan masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi. 

Keenam, masukkan satu setengah sudu besar sos tiram, dua sudu besar sos cili dan sedikit air supaya berkuah. Kacau kuah dan biarkan sebentar supaya kuah meresap dalam ayam. 

Ketujuh, masukkan sedikit gula melaka, garam secukup rasa (kurangkan sebab ayam dan kuah dah masin sikit), hirisan tebal bawang besar atau bawang holland dan gaul sehingga sebati.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| Kampungmamakcom Ayam Masak ThaiGambar: TikToK @naarzff

Kelapan, anda boleh perahkan sedikit limau nipis pada kuah dan siap untuk dihidangkan. 

 

@naarzff

Ayam masak thai. makan lauk ni saje dengan nasi panas pun dah cukup. sedapppp! 🤤 . . #fyp #fypシ #capcut #tiktokresepi #resepimudahcepat #resepisimple #resepisimplesedap #resepibonda #resepiayam #masakanmelayu

♬ Feel Only Love – DJ Chen

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikToK @naarzff

The post Tak Perlu Beli Kat Kedai, Ini Resepi Ayam Masak Thai Yang Perlu Anda Cuba appeared first on Siakap Keli.


Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement