Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Tak Perlu Kopek Guna Kuku, Lelaki Ajar Cara Sebenar Buka Gula-Gula Lolipop


Tak Perlu Kopek Guna Kuku, Lelaki Ajar Cara Sebenar Buka Gula-Gula Lolipop

Lolipop adalah antara sejenis manisan gula-gula keras yang sangat digemari khususnya pada golongan kanak-kanak.

Bukan sahaja popular dalam kalangan kanak-kanak, ia juga disukai oleh orang dewasa yang mahukan manisan pelbagai perisa tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anda pasti pernah ada pengalaman makan gula-gula lolipop yang mempunyai pelbagai perisa sewaktu kecil kan?

Namun ada satu hal yang membuatkan lolipop ni menjadi tidak ‘best’, iaitu sewaktu untuk membuka balutan plastiknya.

Ramai yang bersusah payah untuk membuka plastik lolipop ini dan terkadang ada yang sampai menggunakan pisau untuk membukanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Justeru pada hari ini, SK akan berkongsikan cara mudah untuk membuka balutan plastik gula-gula lolipop tersebut.

Tips membuka balutan plastik lolipop itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama @jordan_the_stallion8.

Menerusi perkongsian lelaki tersebut, dia telah menunjukkan cara mudah dan pantas untuk membuka balutan plastik gula-gula tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, ramai yang membuat kesilapan sewaktu membuka balutan itu dengan menggunakan kuku dan mencabutnya dengan susah payah.

| KampungmamakcomKredit TikTok

Ia boleh menyebabkan jari dan kuku anda sakit dalam melakukan proses tersebut. Sebaliknya terdapat cara mudah untuk membuka balutan plastik tersebut.

Kebanyakan produk lolipop akan memiliki balutan padat di bahagian bawah batang gula-gula tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Cara yang paling mudah untuk membuka balutan plastik itu adalah dengan memegang bahagian atas balutan lolipop tersebut dan pusingkan ia ke arah berlawanan balutan berkenaan.

| KampungmamakcomKredit TikTok

Jika anda teruskan memusing balutan plastik tadi, lama-kelamaan ia akan terbuka dengan sendirinya.

Menerusi perkongsian itu lagi, lelaki berkenaan turut menunjukkan cara tersebut kepada beberapa jenis lolipop bagi membuktikan bahawa cara membukanya boleh terpakai untuk lolipop yang berlainan jenama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, lolipop keluaran jenama Chupa Chups yang cukup dikenali dengan balutan yang kemas juga boleh menggunakan cara tersebut.

| KampungmamakcomKredit TikTok

Di akhir video, lelaki tersebut turut meminta orang ramai untuk mencuba teknik mudah tersebut.

BACA: Pernah Kena “Ignore” Dengan Operator, CEO Klook Kongsi Kisah Tercetusnya Idea Penubuhan Aplikasi Klook

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perkongsian lelaki berkenaan telah mendapat reaksi yang pelbagai daripada pengguna media sosial tersebut.

Antaranya adalah:

“Saya berusia 39 tahun dan baru mengetahui tentang perkara ini. Ia telah membuatkan saya mempersoalkan kepandaian saya,” tulis seorang netizen yang baru mengetahui teknik tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya merasakan bahawa saya perlu kembali ke zaman kanak-kanak saya,” tulis seorang netizen bergurau selepas mengetahui helah tersebut.

“Saya selalu melakukan itu, saya fikir semua orang tahu mengenainya,” tulis seorang netizen yang sudah tahu mengenai helah tersebut.

@jordan_the_stallion8

#stitch with @knowledgesaurus #fypシ

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ original sound – Jordan_The_Stallion8

Sumber: TikTok/@jordan_the_stallion8

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement