Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Mamak News

Tak Perlu Pergi Bengkel, Abang Ni Tunjuk Cara Tukar Sendiri “Wiper” Kereta 


Tak Perlu Pergi Bengkel, Abang Ni Tunjuk Cara Tukar Sendiri “Wiper” Kereta 

Sebagai pemilik kereta, sudah menjadi kewajipan kepada kita untuk mengetahui mengenai setiap sudut kenderaan agar dapat mengenal pasti masalah sekiranya berlaku kerosakan dan sebagainya.

Oleh itu, perkara ini tidak boleh dipandang sebelah mata sahaja, lebih-lebih lagi sesetengah bahagian kenderaan ini dianggap remeh termasuk wiper kereta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lazimnya, wiper kereta digunakan ketika berada dalam cuaca hujan untuk menangkis air atau kotoran pada cermin kereta, Jika bahagian ini rosak atau getahnya sudah tidak berfungsi, kita akan membawa ke kedai kereta berhampiran untuk menukar yang baru.

Tahukah anda, sebenarnya, cara untuk menukar wiper sangat mudah dan tidak mengambil masa yang lama dan boleh dilakukan di rumah sahaja.

Macam mana nak tukar?

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nak tahu dengan lebih lanjut, mari kita ikuti video yang dimuat naik di akaun TikTok @pakwee_ oe mengenai cara menukar wiper yang telah rosak.

Mudah Je Ini Cara Tukar Wiper Kereta 

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh lelaki yang mesra dikenali sebagai Pak Wee itu, terdapat beberapa jenis wiper yang digunakan pada cermin kereta. Sebagai contoh, wiper yang digunakan pada kenderaan tersebut adalah jenis Silikon.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Wiper itu merupakan salah satu wiper yang boleh didapati di dalam pasaran kereta secara meluas.

1. Buka Klip

| Kampungmamakcom Cara Tukar Wiper KeretaGambar: TikTok @pakwee_oe

Langkah pertama, lihat pada bahagian tengah sendi wiper, terdapat satu klip di situ. Angkat klip tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA JUGA: Ini Rupanya 5 Trik Penutup Tangki Minyak Yang Ramai Tak Tahu

2. Tolak Wiper

| Kampungmamakcom Cara Tukar Wiper KeretaGambar: TikTok @pakwee_oe

Kemudian, angkat wiper tersebut dan pegang pada bahagian tengah sebelum tolak ke bawah untuk membukanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

3. Baringkan Besi Wiper

| KampungmamakcomGambar: TikTok @pakwee_oe

Pastikan besi wiper yang diletakkan dalam keadaan baring dan bukannya pada keadaan berdiri. Ia bagi mengelakkan besi itu terjatuh lalu menghentam cermin kereta hingga boleh menyebabkan pecah.

Untuk mengelakkan perkara itu berlaku, anda boleh menggunakan kain sebagai alas pada bahagian bawah besi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

4. Pasang Semula Seperti Biasa

| Kampungmamakcom Cara Tukar Wiper KeretaGambar: TikTok @pakwee_oe

Ambil wiper baharu yang telah dibeli, pastikan klip dalam keadaan terbuka lalu masukkan pada bahagian sendi wiper.

Berbeza dengan cara membuka wiper, iaitu perlu menolak, kali ini anda perlu menarik wiper baharu itu sebelum mengunci klip dan siap!

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semoga bermanfaat.

Untuk memahami dengan lebih jelas, mari tonton video di bawah ini.

@pakwee_oe

Cara Tukar Wiper Part 1 #pakwee #dtinzautodetailing #utkkomeajerr #fypmalaysia #knowlage #longervideos #longervideosontiktok #fyp #fypmalaysia🇲🇾 #wiperkereta #carwiper #tukarwiper #wipercar #keretawiper

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ presentation – TimTaj

Sumber: TikTok @pakwee_oe

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement