Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Tak Perlu Tukar, Cara Mudah Naik Baiki Masalah Air Mengalir Walaupun Kepala Pili Ditutup


air pili menitis

Tak Perlu Tukar, Cara Mudah Naik Baiki Masalah Air Mengalir Walaupun Kepala Pili Ditutup

Masalah air tetap mengalir walaupun kepala pili sudah ditutup rapat bukanlah satu masalah yang asing. Di bilik air, di dapur atau di mana-mana sinki, masalah ini boleh berlaku pada bila-bila masa.

Jika dibiarkan, boleh menyebabkan berlaku pembaziran air dan meningkatkan bil utiliti. Namun, untuk memanggil tukang paip bagi membaiki masalah sekecil ini, terasa tidak berbaloi pula, kan?

Advertisement. Scroll to continue reading.

Alangkah mudahnya jika masalah ini dapat diatasi sendiri. Duit jimat kerana kosnya tentu jauh lebih murah berbanding mengupah perkhidmatan orang lain.

Sebenarnya, kita boleh mengatasi masalah ini sendiri tanpa perlu menukarkan keseluruhan pili dengan pili yang baharu.

Pengguna TikTok, Zuhri Mohd (sayazuhri) baru-baru ini berkongsi apa yang perlu dibuat sekiranya air tetap mengalir walaupun pili sudah ditutup.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berdasarkan video yang dimuat naik, nampaknya kerja-kerja pembaikian tidaklah sesukar mana. Malah, kepala pili juga tidak perlu ditukar.

Asalkan ada beberapa alat pertukangan seperti sepana dan pemutar skru, masalah ini boleh diselesaikan sendiri sebenarnya.

Menerusi video tersebut, alatan yang kelihatan digunakan Zuhri hanyalah tiga barang sahaja iaitu sepana, pemutar skru dan kunci allen.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pertama sekali, gunakan pemutar skru untuk mencungkil penutup pili. Selepas itu, kita akan menemui satu bahagian seperti skru.

air menitis pili Kredit: TikTok

Dengan menggunakan kunci Allen, pulas bahagian skru berkenaan sehingga kepala pili terbuka dan bahagian seakan-akan adaptor kelihatan.

Menurut Zuhri, bahagian tersebutlah merupakan punca bagi isu air mengalir walaupun pili sudah ditutup.

Advertisement. Scroll to continue reading.

air menitis pili Kredit: TikTok

Tambah Zuhri lagi, sebelum dibaiki, kita perlu menguji bahagian tersebut terlebih dahulu, sama ada masih boleh digunakan ataupun perlu diganti.

Cara mengujinya adalah dengan membuka bahagian tersebut menggunakan sepana dan mengetatkannya semula. Jika terdapat kebocoran sepanjang proses pengujian berlaku, kita perlu menukar kepala pili dengan kadar yang segera.

Untuk menggantikannya, kita perlu membuka pili terlebih dahulu. Namun sebelum itu, pengguna perlu menutup bekalan air dalam kawasan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selepas itu, kita perlu mengenalpasti punca mengapa air menitis tanpa henti walaupun pili sudah ditutup. Kebanyakan kes berpunca dari keadaan getah yang haus ataupun terputus.

Sebelum menukarkan bahagian yang rosak, kita juga perlu memastikan bahagian dalaman pili bersih bagi mengelakkan kes air menitis tanpa menitis berulang lagi.

Kredit: TikTok

Bagi memudahkan pemahaman berkenaan proses ini, anda boleh menonton video Muhd Zuhri di bawah:

Advertisement. Scroll to continue reading.

@sayazuhri

DIY SEAL TAP SINK. #sayazuhri #ticerzuhri #zuhripocoyo #learnonzuhri #tiktok_awards #selayang #plumones #service #aircondmurahkl

♬ original sound – Zuhri Mohd – Zuhri Mohd

Semoga bermanfaat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Ramai Tertanya-tanya, Selepas Generasi X, Y & Z, Generasi Apa Pula? Ini Jawapannya

Sumber: sayazuhri via TikTok

The post Tak Perlu Tukar, Cara Mudah Naik Baiki Masalah Air Mengalir Walaupun Kepala Pili Ditutup appeared first on Siakap Keli.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Artikel asal oleh: Siakap Keli

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Polis Nafi Zayn Rayyan Mangsa Dera PETALING JAYA, 8 Dis (Bernama) — Tiada bekas luka lama akibat penderaan dikesan pada badan kanak-kanak autisme...

Sukan

0 PETALING JAYA – Skuad hi remaja lelaki negara terpaksa akur dengan kehebatan Australia apabila tewas 2-5 di Stadium Hi Nasional, Bukit Jalil sebentar...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Pelakon veteran era 1980-an, Datin Maria Arshad masih berada dalam keadaan separuh sedar selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU)...

Mamak News

0 Tak Kumpau, Budak 11 Tahun Berjaya Naikkan Ikan Keli Berat 68 Kilogram Seorang kanak-kanak berasal dari United Kingdom dilaporkan berjaya menangkap ikan keli...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications