Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Tak Setuju Haramkan Vape, 600,000 Tandatangan Berjaya Dikumpul Untuk Bantah GEG


Lebih 600,000 tandatangan berjaya dikumpul dalam petisyen awam bagi membantah Dasar Penamat Generasi atau Generational End Game (GEG) yang diperkenalkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

GEG sebagai satu bentuk kawalan perundangan yang melarang aktiviti berkaitan merokok khususnya kepada generasi muda tersebut dikatakan berupaya membawa impak yang besar kepada industri vape.

Oleh yang demikian, dua badan industri vape iaitu Dewan Perniagaan Vape Malaysia (DPVM) dan Malaysian Vape Industry Advocacy (MVIA) menggesa kerajaan untuk mendengar terlebih dahulu suara industri serta mengkaji semula GEG dengan teliti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Petisyen ini telah berjaya mendapat sokongan dengan memperolehi 600,000 tandatangan membuktikan ramai masyarakat juga berkongsi sentimen yang sama seperti kita, kerajaan dan Kementerian Kesihatan (KKM) tidak boleh mengabaikan suara orang ramai,” ujar Setiausaha Agung Dewan Perniagaan Vape Malaysia, Ridhwan Rosli dalam satu kenyataan.

“Selain menjejaskan usahawan bumiputera, GEG menetapkan pendirian yang sangat salah dan negatif terhadap vape yang selama ini telah digunakan secara meluas sebagai alat untuk berhenti merokok oleh perokok,” tambahnya lagi.

| Kampungmamakcom Vape Geg

Sementara itu, Presiden MVIA, Rizani Zakaria pula berkata, pihaknya turut cuba untuk melibatkan diri dengan KKM dan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) namun permintaan mereka tidak diendahkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“GEG memberi impak kepada banyak lapisan masyarakat, oleh itu, ia harus dikaji dan dibincangkan dengan semua pihak sebelum keputusan dibuat.

“Kini dengan maklum balas yang diterima daripada petisyen tersebut, suara setengah juta rakyat tidak boleh diabaikan.

“KKM dan PSSC mesti faham bahawa dasar ini memberi kesan kepada banyak lapisan rakyat. Mereka tidak boleh terus mendengar individu dan kumpulan anti-vape sahaja,” tegasnya lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Industri Vape Bernilai RM2.27 Bilion Bakal Pupus, 3,000 Usahawan Bumiputera Dijangka Terjejas

Sumber: KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pelawak Ali Puteh akhirnya berjaya mengumpul sebanyak RM75,000 hasil penjualan barangan peribadi dan produk makanan yang diusahakan bagi melunaskan hutang...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Madu kepada pempengaruh media sosial Marissa Dania Hakim iaitu Misya Mazlan tidak menolak rezeki sekiranya dikurniakan cahaya mata ketiga dengan...

Hiburan

3s PETALING JAYA – “Lawan tetap lawan.” Demikian luahan wanita bernama Nazatul Nazira yang berdepan saman daripada pelakon, Puteri Sarah membabitkan tuntutan berjumlah RM1...

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Kepada adik-adik yang tengah sekolah, jangan main-main, rugi. Nanti bila umur 40 tahun akan pandang balik.” Demikian pesanan penyanyi Hazama...

Advertisement