Hi, what are you looking for?

Mamak News

Tak Tahu Siapa Nak Jawab Soalan, Gelagat Chong Wei ‘Osom’ Dengan Lin Dan Curi Tumpuan


Tak Tahu Siapa Nak Jawab Soalan, Gelagat Chong Wei ‘Osom’ Dengan Lin Dan Curi Tumpuan

Dalam bola sepak, kita dapat menyaksikan persaingan antara Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo untuk sekian lama, termasuklah perdebatan siapa yang terbaik sepanjang zaman (GOAT).

Jika dalam sukan badminton, perseteruan itu mungkin boleh disamakan dengan ‘permusuhan’ di dalam gelanggang antara Datuk Lee Chong Wei dengan Lin Dan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walaupun ramai yang melihat mereka sebagai seteru, namun siapa sangka bahawa kedua-dua pemain ini sebenarnya rakan karib di luar gelanggang.

Dalam sesi Upacara Induksi Dewan Kemasyhuran Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2023, kedua-dua legenda bulu tangkis ini dipertemukan sekali lagi.

Semasa sesi tersebut, seorang wartawan telah bertanyakan soalan kepada kedua-dua bekas pemain badminton itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tidak dapat menentukan giliran untuk menjawab soalan, Chong Wei dan Lin Dan bertindak  menentukan giliran dengan bermain osom.

Walaupun di luar konteks sukan badminton, sesi bermain ‘osom’ itu juga dilaporkan sengit sehingga dibawa ke ‘set penentuan’.

Akhirnya, Lin Dan kalah dalam sesi ‘osom’ tersebut dan menjawab soalan wartawan terlebih dahulu. Kemenangan Chong Wei dalam permainan ‘osom’ ini sekurang-kurangnya ‘sedikit sebanyak’ dapat menyuntik rasa bangga dalam kalangan rakyat Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

@mochiii1122

HAAHAH LEE LIN IS BACKKK!! Enemy on court but bestfriend outside of the court 🫡 #lindan #leechongwei

♬ son original – mlvenst

Persahabatan sejati yang dimeterai antara Lee Chong Wei dan Lin Dan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ramai pastinya masih momen mengharukan saat Chong Wei mengumumkan berita persaraannya daripada sukan bulu tangkis pada 13 Jun 2019.

Ketika itu, seluruh Malaysia seakan-akan menerima kejutan yang agak luar biasa kerana keputusan atlet tersebut disifatkan dalam keterpaksaan berikutan masalah kesihatan yang dialaminya.

Seteru ketatnya dalam sukan itu, Lin Dan merupakan antara insan yang paling terkesan atas perkhabaran duka ini. Atlet asal China itu sempat memuat naik hantaran berbaur hiba di lama Weibonya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Aku kini hanya berseorangan memasuki gelanggang, tiada siapa lagi menemaniku” tulis kapsyennya sambil diiringi lagu ‘Friend, Dont Cry’ dendangan David Lui.

BACA: “Jangan Menangis Kawan,” Lin Dan Tuju Lagu Buat Lee Chong Wei Lepas Umum Persaraan

Setahun selepas persaraan Chong Wei, Lin Dan turut meninggalkan dunia badminton dan ‘menggantung raketnya’ pada Julai 2020.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sepanjang karier badminton bagi kedua-dua pemain itu, kita pernah dihiburkan dengan kisah kemunculan ‘surat viral’ Lin Dan kepada Chong Wei.

Disebabkan ‘warkah viral’ palsu itu, Chong Wei menyerlahkan sisi dirinya yang kelakar dalam menjawab persoalan mengenai surat tersebut.

“You ingat kita cinta kah? Tulis surat kah?” kata Chong Wei dan kata-katanya itu kekal segar menjadi salah satu frasa ikoniknya sepanjang masa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Cemas, Viral Penumpang ‘Buka’ Pintu Kecemasan Pesawat Ketika Dalam Penerbangan

Sumber: mochiii1122 via TikTok, Sinar Harian & Astro Awani

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Tengah-Tengah Malam Naik Notifikasi “Suspicious Person” Berdekatan Kereta, Rupanya… Seperti yang diketahui waktu malam sememangnya membuatkan bulu roma sesiapa sahaja berdiri kerana persekitaran...

Sukan

0 PETALING JAYA – Penyerang antarabangsa Colombia, Radamel Falcao dilaporkan sudah berada di Johor Bahru sekali gus menguatkan lagi spekulasi bakal bermain dalam kancah...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Penyanyi Iman Troye menghadiahkan wang tunai RM300 kepada pelajar yang mencapai peningkatan dalam apa sahaja mata pelajaran bagi keputusan Sijil...

Mamak News

0 KUALA NERUS – Seorang mekanik maut setelah kereta Perodua Kancil dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah jengkaut di Kampung Buluh Gading di sini, hari...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications