Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Takhta Liga Super Milik JDT Kali Ke-10 Berturut-Turut


Takhta Liga Super Milik JDT Kali Ke-10 Berturut-Turut

ISKANDAR PUTERI, 27 Sept (Bernama) — Johor Darul Ta’zim (JDT) merangkul kejuaraan Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut, selepas membenam PDRM FC 4-0 di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam ini.

JDT membuktikan keampuhan mereka meskipun masih berbaki empat perlawanan lagi, dengan mengumpul 64 mata selepas menewaskan skuad The Cops itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kejayaan itu juga menyaksikan skuad bimbingan Estaban Solari mencipta sejarah dalam bola sepak negara, apabila muncul satu-satunya kelab bola sepak menjadi juara untuk 10 musim berturut-turut, selepas kali pertama memenanginya pada 2014.

Malah, JDT turut melakar kejayaan ‘treble’ selepas sebelum ini telah pun menjulang trofi Piala Sumbangsih dan Piala FA.

Pada perlawanan malam ini, Harimau Selatan mendahului 2-0 pada separuh masa pertama menerusi pemain sensasi daripada Brazil Bergson Da Silva dan pemain tengah Juan Muniz, masing-masing pada minit ke-37 dan ke-40.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA JUGA: Benam KL City 2-0, JDT Muncul Juara Piala FA Edisi 2023

Babak kedua menyaksikan kesilapan pemain pertahanan PDRM FC Izaaq Izhan Yuswardi, menjatuhkan Arif Aiman Mohd Hanapi dalam kotak penalti yang membawa padah, apabila JDT dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil Fitri Maskon.

Arif Aiman dengan mudah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-54, sekali gus melakar jaringan ketiga buat pasukan Harimau Selatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anak buah Esteban Solari bagaimanapun, tidak mengambil tempoh lama untuk menambah jaringan menerusi rembatan deras penyerang dari Argentina FernandoForestieri, tiga minit kemudian.

Jaringan keempat itu melengkapkan malam bermakna buat JDT untuk menyambut kemenangan malam ini.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Petinju Muay Thai Malaysia Tumbangkan Lawan Dalam Tempoh 36 Saat BANGKOK, 10 Dis (Bernama) — Petinju muay thai negara Johan Ghazali mendominasi lawannya dalam...

Lifestyle

0 Lagi menu sarapan ‘lejen’ di Kuching Legend Di Kuching, Mi Jawa Rabak Ini Jadi Menu ‘Breakfast’ Kegemaran Penduduk Tempatan. Hari ini, kami akan...

Mamak News

0 Anjing Sakit Gusi, Punca Kejadian Tayar Pancit Di Itali Sejak bulan Julai yang lalu, penduduk di pekan Vastogirardi, Itali mengalami masalah tayar pancit...

Mamak News

0 Dua Petani Maut Disambar Petir Ketika Berteduh Di Pond Dua orang petani maut disambar petir ketika sedang berteduh di pond berhampiran sebidang sawah...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications