Hi, what are you looking for?

Lifestyle

Taman Negara Santubong & Pusat Hidupan Liar Matang Dibuka Semula Pada 1 April


Berita baik buat para pendaki di Kuching

Taman Negara Santubong & Pusat Hidupan Liar Matang Dibuka Semula Pada 1 April. Seperti yang diketahui umum, aktiviti mendaki membantu pendaki meningkatkan kecergasan dan ketahanan mental serta fizikal para pendaki. Terbaharu, Taman Negara Santubong dan Pusat Hidupan Liar Matang akan dibuka semula kepada pengunjung mulai 1 April depan.

Menerusi Facebook rasmi Sarawak Forestry Corporation (SFC) menyatakan pihaknya mengalu-alukan semula kedatangan pengunjung ke taman dan pusat tersebut selepas ditutup untuk satu tempoh yang lama susulan musim tengkujuh.

Dalam pada itu, keterujaan pihak SFC tidak sabar dengan pembukaan ini dan pastinya ditunggu-tunggu oleh para pendaki dan pencinta alam semula jadi serta pencinta hidupan liar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jika cuaca tidak baik, akan dibatalkan.

“Jika keadaan tapak tidak selamat untuk pengunjung atau pengunung kerana cuaca buruk, pembukaan taman dan pusat pada tarikh tersebut mungkin dibatalkan,” tulis pihak SFC di laman Facebook.

“Jadi, tandai kalendar anda, rancang perjalanan anda dan bersedia untuk meneroka keindahan Taman Negara Santubong dan Pusat Hidupan Liar Matang mulai 1 April 2023,” ujarnya lagi. Untuk maklumat lanjut sila hubungi pejabat Taman Negara Santubong di talian 011-65730730 atau Pejabat Pusat Hidupan Liar Matang di talian 011-65729228.

Untuk makluman, penutupan ini telah ditutup pada Disember tahun lalu disebabkan oleh keadaan cuaca yang tidak menentu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Baca juga kisah yang berkaitan:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Teruskan Membaca

Mamak News

0 KUALA NERUS – Seorang mekanik maut setelah kereta Perodua Kancil dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah jengkaut di Kampung Buluh Gading di sini, hari...

Mamak News

0 JAKARTA: Seorang penyanyi cacat penglihatan dari Indonesia menerima kejutan besar apabila berjaya meraih Golden Buzzer dalam rancangan America’s Got Talent (AGT), baru-baru ini....

Mamak News

0 SPM: Berkat Doa Guru, Ibu Bapa Raih 11A+, 1A SUNGAI PETANI, 8 Jun (Bernama) — Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 negeri...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew bantu ibu tunggal bertatu di sekitar Jakarta, Indonesia berikutan wanita berkenaan terpaksa menyara anaknya yang...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications