Hi, what are you looking for?

Taman Tema Seluruh Negara Dijangka Dibuka Semula November Ini

Mamak News

Taman Tema Seluruh Negara Dijangka Dibuka Semula November Ini


Taman tema di seluruh negara dijangka dibuka semula kepada orang ramai selewat-lewatnya November ini, iaitu selepas kadar vaksinasi negara mencapai 90 peratus populasi dewasa.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) Datuk Seri Dr Santhara Kumar berkata kebenaran pembukaan semula taman tema itu tertakluk pada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan, yang kini sedang mengkaji prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pembukaan taman tema.

Taman Tema Seluruh Negara Dijangka Dibuka Semula November Ini

“Pada pendapat saya taman tema ini adalah persekitaran yang dapat dikawal dengan pematuhan SOP yang ketat, berbanding dengan persekitaran di pantai.

BACA: Bermain ‘Ski’ Di Escape Cameron Highlands Bermula 2023 Kelak!

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Di samping itu, pemain industri pelancongan ketika ini sudah bersiap sedia sepenuhnya untuk menghidupkan semula sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Taman Tema Lost World of Tambun sempena lawatan kerja sehari di sini hari ini.

Taman Tema Seluruh Negara Dijangka Dibuka Semula November Ini
Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Santhara Kumar Ramanaidu (tengah) mendengar penerangan ketika membuat lawatan kerja di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh. Gambar: BERNAMA

Khamis lepas, Menteri MOTAC Datuk Seri Nancy Shukri berkata keputusan mengenai pembukaan semula taman tema keluarga bakal diumumkan tidak lama lagi.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Melaka, Genting Highlands, Tioman Dibuka Kepada Pelancong 1 Oktober

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Ibu Bapa Kena Tahu, Ini Cara Berkesan Cuci Slime Yang Lekat Pada Pakaian Anak Dulu mungkin kita sudah terbiasa melihat kanak-kanak bermain tanah...

Mamak News

0 AMPANG JAYA – Helah penagih dadah yang menyamar sebagai polis mengundang padah apabila ditahan pegawai keselamatan di sebuah apartmen di Ukay Perdana, di...

Hiburan

0 MENDIANG merupakan antara pemuzik paling berbakat dan berpengaruh pernah dilahirkan di dunia. Kenyataan tersebut adalah satu fakta yang sukar berganjak. Tina Turner. Sepotong...

Lifestyle

0 Lelaki itu jadi mangsa penipuan selepas kerugian RM320k Gara-Gara Nak Beli R Dan Arak Murah, Lelaki Dari Miri Ini Rugi RM320k. Dilaporkan seorang...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications