Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

Tammy impi sertai Kejohanan Wushu Asia


ATLET wushu negara, Tammy Tan Hui Ling berharap tahun 2024 membawa sinar buat dirinya untuk layak ke Kejohanan Wushu Asia di Macau tahun ini.

Tammy, 22, berharap dapat berlatih sebaik mungkin untuk membuat penampilan di pentas itu kerana masih mempunyai masa disebabkan tarikh kejohanan belum ditetapkan lagi.

Atlet dari Melaka itu percaya peluangnya akan lebih cerah beraksi di kejohanan tertinggi seperti Kejohanan Wushu Dunia sekiranya dapat menonjolkan kebolehannya berentap dengan lawan-lawan handalan Asia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tahun baru ini saya harap dapat berlatih lebih gigih dalam usaha mencapai tahap terbaik. Harapannya agar saya diberi peluang mengambil bahagian pada Kejohanan Wushu Asia.

“Ia akan membolehkan saya meraih banyak pengalaman ­untuk berdiri di platform yang lebih tinggi. Jika diberikan pe­luang, saya akan buat yang terbaik untuk membanggakan ­Malaysia,” kata Tammy.

Tammy mencipta sensasi tersendiri pada tahun lepas apabila memenangi pingat emas Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Chengdu, China dalam acara Qiangshu wanita.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia sekali gus menamatkan kemarau 38 tahun kontinjen ­Malaysia untuk merangkul pi­ngat emas pertama di temasya ­Universiade sejak mula mengambil bahagian dalam penganjuran di Kobe, Jepun pada tahun 1985.

Tammy yang turut meraih pingat emas pada Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2021 di Ubon Ratchathani, Thailand, berjaya me­nerima insentif bernilai RM15,000 daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) hasil pencapaian bersejarahnya di pentas Universiade Chengdu.


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement