Hi, what are you looking for?

Sukan

Tan Cheng Hoe tampil pertahankan Sumareh


BEKAS pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe percaya pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh masih belum ‘berkarat’ meskipun dikritik hebat ketika menyarung jersi kebangsaan pada aksi antarabangsa baru-baru ini.

Sebagai rekod, Sumareh telah diletakkan dalam kesebelasan utama pada final Piala Raja Thailand yang menyaksikan pa­sukan kebangsaan tewas menerusi penentuan sepakan penalti 0-3 selepas kedudukan terikat 0-0.

Bagaimanapun, apa yang mencuri tumpuan adalah aksi hambar Sumareh yang dilihat agak beremosi apabila melakukan terjahan keras ke atas pasukan lawan sebelum digantikan pada babak kedua.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Cheng Hoe, bintang kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu masih memiliki kualiti untuk membantu skuad kebangsaan di pentas antarabangsa sekiranya berjaya menemui kembali sentuhan penyudah.

“Secara peribadi, saya tidak mahu komen (secara terperinci) tetapi setiap jurulatih ada falsafah dan resepi bagaimana untuk membimbing pasukan.

“Saya mahu ucapkan selamat maju jaya buat Sumareh. Sudah tentu saya rasa sumbangan dia (sebelum ini) terlalu besar dan dia memang boleh membantu pasukan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Cuma, segalanya bergantung kepada diri sendiri, bagaimana dia tangani tekanan dari luar atau pasukan. Pastinya saya harap dia lebih bersedia dengan apa jua situasi selepas ini,” kata pengendali Selangor FC itu.

Terdahulu, pemain kelahiran Gambia itu mencipta sejarah muncul pemain naturalisasi pertama negara dengan Cheng Hoe menjadi jurulatih yang bertanggungjawab membuka pintu buatnya menyarung jersi kebangsaan pada 2018.


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement