Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Lifestyle

Tanah Runtuh Di Jalan Serikin, Beberapa Laluan Ditutup Separuh Sementara Waktu


Ditutup untuk kerja-kerja pembaikan jalan

Tanah Runtuh Di Jalan Serikin, Beberapa Laluan Ditutup Separuh Sementara Waktu. Jalan di sekitar lokasi tanah runtuh di tebingan Sungai Serikin (Jalan Serikin) ditutup separuh kepada orang ramai buat sementara waktu.

Ini bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan bahu jalan, sistem perparitan dan pembentung jalan.

Tanah Runtuh Di Jalan Serikin, Beberapa Laluan Ditutup Separuh Sementara Waktu. Sumber: Facebook

Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep berkata kerja-kerja pembaikan itu dijangka siap dalam masa lima bulan.

”Kontraktor memulakan kerja-kerja di lokasi di mana tebingan sungai terhakis dan runtuh akibat hentakan arus sungai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

”Memandangkan jalan ini adalah jalan utama dan satu-satunya jalan ulang alik dari Serikin ke lokasi lain dan harus dibaiki, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) minta agar penduduk serta orang ramai yang sering berpusu-pusu ke Serikin bersabar semasa kerja pembaikan dilakukan,” katanya.

Sementara itu, JKR Sarawak menerusi satu kenyataan berkata penutupan separuh laluan Jalan Serikin itu bermula 7 Disember lalu dan dijangka siap pada 11 Mei 2024.

“Dimohon kepada semua pengguna di jalan raya untuk berhati-hati semasa melalui kawasan tersebut.

”Sila patuhi papan tanda keselamatan yang telah disediakan di sekitar kawasan yang terlibat dan ikuti arahan pekerja untuk melancarkan pergerakan trafik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pihak JKR Bahagian Kuching akan memaklumkan dari semasa ke semasa sekiranya terdapat perubahan pada tarikh, waktu atau kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja ini,” katanya.

Sehubungan itu, sebarang aduan atau pertanyaan lanjut berkaitan aliran trafik di situ, orang ramai boleh menghubungi Pejabat JKR Daerah Bau melalui talian 017-8094271 pada waktu pejabat.

Baca lagi artikel menarik:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Konsert Ungu di Kuantan Bersama Artis Tanah Air yang sepatutnya berlangsung pada 24 Februari ini ditunda ke tarikh baharu iaitu...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Hanya air mata yang menjadi peneman buat pelakon dan pempengaruh, Norreen Iman saat pertama kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci...

Sukan

51s PETALING JAYA – Pasukan Jordan memahat sejarah baharu apabila berjaya mara ke peringkat separuh akhir Piala Asia 2023 buat kali pertama selepas menyingkirkan...

Advertisement