Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Tangki Air Pecah, Fasiliti Dan Infrastruktur Sekolah Yang Uzur Mula Cetus Kebimbangan Orang Ramai


Dalam satu kejadian yang dilaporkan semalam, beberapa orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor di Ketereh, Kelantan cedera selepas tangki air sekolah tersebut pecah lalu menimpa laluan pejalan kaki.

Dua daripada lima pelajar perempuan masing-masing cedera di tengkuk dan menerima dua jahitan di kepala selepas terkena serpihan atap semasa dalam perjalanan untuk rehat di kantin.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin kemudiannya membuat hantaran berikut di Facebooknya:

Advertisement. Scroll to continue reading.

| Kampungmamakcom Tangki Air Sekolah Pecah

Setelah selesai sesi menjawab pertanyaan lisan di Dewan Negara sebentar tadi, saya menerima berita mengenai kejadian tangki air pecah di SMK Melor, Ketereh, Kelantan.

Dimaklumkan beberapa orang murid mengalami kecederaan akibat kejadian tangki air pecah yang menimpa laluan pejalan kaki di sekolah tersebut. Mereka telah di bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Saya telah mengarahkan pihak JPN Kelantan melaksana kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan tangki air di sekolah tersebut dalam kadar segera. Ini bagi memastikan fasiliti dan infrastruktur sekolah berkenaan sentiasa berada dalam baik dan selamat untuk kegunaan warga sekolah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sama-sama kita doakan agar mereka yang terlibat dalam insiden ini diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.

#DRJ
#KPMPrihatin

——

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hantarannya tersebut mendapat maklum balas dari orang ramai yang rata-ratanya risau dengan fasiliti dan infrastruktur sekolah pada hari ini yang kebanyakannya uzur dan membahayakan keselamatan murid sekolah.

Berikut adalah di antara komen yang diterima di Facebook Dr Radzi Jidin:

“Maaf cakap la Dr..bukan sekolah ni sahaja..rasanya hampir semua sekolah alami kerosakkan benda asas yang tak dibaiki..tunggu mengalami nasib yang sama sahaja.” – Muslim Ghani

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tu baru tangki air pecah. Belum kira bangunan sekolah yang retak tunggu masa nak runtuh. Kalau dah runtuh, ada kehilangan nyawa KPM nak jawab apa? Pelik betul. Tak ada regular building audit ke dibuat untuk setiap sekolah, at least 2 kali setahun. Jadual Preventive Maintenance Program yang dibuat engineer bertauliah/JKR.” – Mohd Dahlan Mohd Noor

“Banyak sekolah dah uzur YB.. Boleh dah keluarkan peruntukan untuk baik pulih semua sekolah.” – Dian Hazwa

“Harap tengok la prasarana di sekolah-sekolah ada bangunan yang dah uzur ada juga kelengkapan seperti meja guru yang dah rosak roboh tapi belum berganti..dah hantar laporan ke jabatan tapi diam membisu…” – Chenta Hatiey

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Mohon semak tahap pembinaan semula pembinaan tangki jenis yang sama, sebab kebanyakan sekolah ada yang uzur..takut-takut ada kemalangan jiwa yang mungkin berlaku.” – Ezanee Penang

Sumber: Facebook Dr Radzi Jidin

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Khabar duka buat kem badminton negara apabila dua jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong disahkan...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Mengelak terjebak skandal atau cinta lasi, pelakon Ezzanie Jasny mengambil pendekatan tidak menyimpan nombor telefon hero gandingannya dan mengehadkan komunikasi...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pengacara dan pelakon, Elly Arifin memberi amaran kepada individu biadab agar menghentikan perbuatan jijik mengirimkan gambar alat sulit atau berdepan...

Sukan

3s PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) sentiasa membuka pintu buat mana-mana pemain kacukan yang memiliki darah Malaysia untuk menyarung ­jersi skuad Harimau Malaya pada...

Advertisement