Hi, what are you looking for?

#image_title

Hiburan

Tanya harga lakonan, itu satu penghinaan – Wan Hanafi Su


KUALA LUMPUR – Pelakon handalan, Wan Hanafi Su menganggap produksi yang bermain soal bayaran semasa menawarkan watak lakonan kepadanya sebagai satu bentuk penghinaan.

Lelaki lebih separuh abad itu mendedahkan tidak pernah menetapkan sebarang jumlah bayarannya walaupun ditanya pihak produksi kerana menganggap perkara tersebut (bayaran) sebagai harga dirinya.

“Saya masih ditanya tentang bayaran. Kalau orang tanya, memang saya tidak akan beritahu sebab saya anggap itu (bayaran) sebagai ‘harga diri’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pada saya, orang yang masih membuat tawaran harga kepada saya itu sebagai satu bentuk penghinaan,” ujarnya kepada Kosmo! Online.

Jelas pelakon berusia 73 tahun itu, dia tertanya-tanya kenapa pada usia sekarang, ada produksi masih bertanyakan soal harga yang perlu dibayar untuk mengambilnya berlakon, sedangkan namanya tidak lagi asing dalam industri.

“Saya anggap pihak produksi sudah tahu tentang saya jika mereka mahu tawarkan satu-satu watak. Tapi kenapa masih perlu buat tawaran harga? Bayaran saya masih lagi biasa. Saya tidak meletakkan harga yang terlalu tinggi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Buat produser yang mahu ambil saya berlakon, namun masih berkira-kira nak bayar, lebih baik jangan terlibat,” katanya.

Pelakon yang kini lebih selesa menetap di Besut, Terengganu itu menambah, telah banyak kali menolak tawaran berlakon yang diberikan kepadanya kerana faktor bayaran.

Namun demi menjaga hati, pelakon Lelaki Harapan Dunia itu menggunakan alasan kekangan waktu untuk menolak tawaran yang diberikan kepadanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya banyak kali menolak tawaran yang diberikan kepada saya. Namun, mereka (produksi) tidak tahu alasan saya menolaknya kerana soal harga yang tidak setimpal. Saya cakap ada komitmen kerja lain.

“Kita bekerja nak buat yang terbaik. Tapi pasa masa sama, bayaran yang diberikan itu biarlah Ikhlas. Saya tahu produksi membuat tawaran harga kerana mereka mahu kurangkan kos atau bajet.

“Lagi pun saya tidak pernah ambil dua tawaran sekali gus dalam satu masa. Sebab itu saya tidak kaya, cuma saya nak senang sahaja,” jelas pemenanhg Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Skrin 2013 itu panjang lebar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditemui semasa sidang media filem La Luna di Dadi Cinema Pavilion, Kuala Lumpur hari ini, pelakon Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman itu turut menasihati anak-anak seni veteran seusianya untuk berpegang pada harga diri dan jangan sesekali menggariskan tahap persembahan lakonan berdasarkan kadar bayaran.

“Dalam masyarakat, kita kena ada harga diri. Pesan buat pengkarya yang seusia saya, kalau nak seronok dalam hidup, sensitiflah kepada yang positif. Jangan sensitif kepada yang negatif,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Panik melihat anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat sekatan menyebabkan ada penunggang motosikal sanggup membahayakan diri dengan melawan arus bagi...

Mamak News

0 “Tidak Mencela, Memfitnah, Memaki Hamun Terhadap Sesiapa, Keindahan Pekerti Dan Akhlak Rasulullah SAW” – PM PUTRAJAYA —  Bersempena sambutan Maulidur Rasul, Perdana Menteri,...

Mamak News

0 IPOH – Sebanyak 10,568 notis dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan sepanjang Op Khas Motosikal 2023 dilancarkan bermula 1...

Sukan

0 IPOH – Biarpun membuat penampilan sulung pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, namun ia ternyata tidak mendatangkan masalah buat pelumba Caja...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications