Hi, what are you looking for?

#image_title

Lifestyle

Tapau Habis, Makcik Buat Ramai Cemburu Dapat Bergambar Dengan 3 Tengku


Tular di media sosial mengenai seorang makcik dapat bergambar dengan Agong dan 3 Tengku

Tapau Habis, Makcik Buat Ramai Cemburu Dapat Bergambar Dengan 3 Tengku. Satu hantaran tular di media sosial apabila seorang wanita memuat naik gambar seorang makcik, yang juga dikenali sebagai ibu individu berkenaan bergambar bersama anakanda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, wanita itu menyatakan bahawa kapsyen ibunya di aplikasi ‘WhatsApp’ memang ‘win’ kerana menggelarkan Tengku Hassanal Ibrahim sebagai ‘anakanda’ dirinya.

Ramai yang berdekah baca kapsyen makcik tersebut

“Jadi Anakanda dah Tengku Hassanal, macam mana kehidupan kami adik-beradik selepas ni,” seloroh wanita tersebut yang mengatakan ibunya sudah mempunyai anak yang baru, iaitu Tengku Hassanal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sudahlah korang adik-beradik putus kak, di hantar ke Philippines, sebab makcik dah ada anakanda baru,” seloroh seorang netizen di Facebook.

Sementara itu, ramai yang turut berdekah dengan kapsyen wanita tersebut yang dikongsinya di laman Facebook miliknya itu.

Makcik ‘tapau habis’ 3 Tengku

Bagaimanapun, satu lagi hantaran menunjukkan ibunya bukan sahaja bergambar dengan Tengku Hassanal, malah Tengku Ahmad Ismail, Tengku Amir Naseer dan Agong.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ramai cemburu makcik dapat bergambar dengan Tengku-Tengku yang kacak

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata pengguna Facebook cemburu sekaligus memuji makcik tersebut kerana memang ‘sapu habis’ bergambar dengan ketiga-tiga Tengku.

“Amboi makcik, semua sapu bersih, makcik memang steady,” ujar salah seorang pengguna media sosial.

“Itulah namanya otai beradab bila jumpa dengan Agong, ada ilmu di dada memang terbaik makcik,” puji seorang lagi pengguna Facebook.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk makluman, Agong dan Raja Permaisuri kini sedang mengadakan lawatan “Kembara Kenali Borneo” pertama mereka untuk lebih mengenali rakyat Malaysia yang tinggal di Sabah dan Sarawak.

Lawatan ini bermula pada 3 Sept dan berakhir pada hari Rabu (13 Sept), bermula di Tawau dan akan berakhir di Telok Melano, Sarawak.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 KLANG – Seorang wanita yang juga penduduk Bagan Teo Chew, Pulau Ketam di sini, dilaporkan masih hilang dalam kebakaran tiga buah rumah di...

Lifestyle

0 Tiga bank lanjut pengecualian caj QR Duitnow Public Bank Tarik Balik Kenakan Caj Transaksi DuitNow QR, Lagi 2 Bank Lanjut Pengecualian Caj. Tiga...

Mamak News

0 SINGAPURA: Kesihatan mental di Singapura dilaporkan semakin serius, namun lebih ramai bersedia mendapatkan bantuan, menurut tinjauan Kementerian Kesihatan (MOH). Tinjauan Kesihatan Penduduk Kebangsaan...

Mamak News

0 Yuran Transaksi Bayaran DuitNow QR Tidak Bebankan Golongan Pendapatan Rendah – Anwar KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications