Hi, what are you looking for?

Hiburan

Taruhan menjadi ‘remake’ Buat Insan Tersayang


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

JIKA dilihat semula, tidak dinafikan lagu-lagu malar segar era 1990-an kembali menjadi trend dan mula diminati pendengar usia muda.

Trend merakam semula (remake) lagu lama dengan susunan muzik baharu yang jauh lebih segar dibawakan penyanyi dalam kalangan budak baru nak up (BBNU) ternyata mengena sasaran.

Tahun ini sahaja, beberapa lagu popular sekitar penghujung 1990-an seperti Mahligaimu Dari Airmataku, Mengintai Dari Tirai Kamar dan Dalam Diam Aku Mencintaimu diterima segenap lapisan peminat muzik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terbaharu, Nova Music turut mengikut jejak langkah dan tidak mahu ketinggalan dengan mempertaruhkan sebuah lagu popular berjudul Buat Insan Tersayang nyanyian asal duet Ashira dan Eddie Hamid.

Berani mengetengahkan barisan pucuk muda yang juga juara program Lagu Cinta Kita musim ketiga, Ahmad Syafiq dan rakan duetnya, Wawa Shazwa, ternyata percaturan yang dilakukan tidak gagal.

GARAPAN semula lagu Buat Insan Tersayang yang dinyanyikan Ahmad Syafiq dan Wawa disambut baik pendengar dan peminat lagu era 1990-an.

Cabar diri

Meskipun mengakui berdebar saat kali pertama ‘dilamar’ untuk menyanyikan semula lagu tersebut, namun debaran yang dilalui ternyata membuahkan hasil yang baik selain dipuji peminat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mahal vokal serak-serak basah dengan nada yang sedikit tinggi, Ahmad Syafiq, 22, ternyata mampu membuai halwa pendengar dengan garapan susunan muzik baharu yang jauh lebih segar.

Seperkara yang perlu dipuji dan diberi tepukan kepada kedua-dua bakat baharu ini, mereka berani mencabar diri membawakan lenggok dangdut yang bukan mudah dibawa semua orang.

Paduan dan kehebatan vokal masing-masing ditambah bakat lakonan yang dipamerkan dalam video muzik (MV) arahan Azuad Abdullah begitu lancar dan langsung tidak menunjukkan sebarang kecacatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
AHMAD Syafiq dan Wawa merupakan juara program Lagu Cinta Kita musim ketiga.

Genre asal naskhah balada tersebut berkisarkan kesedihan dan putus cinta, namun nafas baharu yang disuntik membuatkannya sedikit kedengaran lebih rancak.

Mengenai trend merakamkan semula lagu lama, Wawa yang merupakan salah seorang anggota kumpulan Darul Aman Buskers menyifatkan trend tersebut sebagai satu ‘ombak’ dalam industri nyanyian.

MV lagu tersebut yang dirakam di Desaru, Kota Tinggi, Johor yang baru sahaja dimuat naik pada 5 Ogos lalu kini boleh ditonton dalam saluran YouTube Nova Music.

Diharapkan lebih ramai pendatang baharu akan lebih berani mengambil peluang seandainya diberikan kepercayaan serta ruang untuk merakamkan barisan lagu-lagu popular yang diberi nafas semula.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BATU PAHAT – Mayat salah seorang nelayan yang dilaporkan hilang selepas bot yang dinaiki karam dan tenggelam pada...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew berkongsi pengalamannya menyantuni anak-anak punk di Jakarta, Indonesia baru-baru ini....

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal. Setiap kali beli kek di...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. MIRI – Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari rumahnya sejak petang semalam ditemui lemas di Pantai Coco...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications