Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Lifestyle

Taska Punca Anak Sawan, Sedia Makanan Dalam Plastik Sampah Dan Guna Pinggan Digigit Tikus


Kes Taska di Angkasapuri: Risiko Kebersihan dan Keselamatan Kanak-Kanak

Taska Punca Anak Sawan, Sedia Makanan Dalam Plastik Sampah Dan Guna Pinggan Digigit Tikus. Satu hantaran tular di media sosial mengenai seorang ibu telah melahirkan rasa kecewanya terhadap sebuah taska yang gagal menjaga kebersihan dan keselamatan anaknya.

Menerusi perkongsiannya di laman TikTok, dia mendedahkan bahawa taska tersebut menyediakan makanan dalam plastik sampah dan menggunakan mangkuk yang ada kesan gigitan tikus.

Dalam pada itu, wanita itu menyatakan bahawa anaknya sudah pulih tetapi tidak akan menghantar anaknya ke taska tersebut lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

RTM menyedari terdapat muat naik di media sosial yang tular berkaitan sebuah taska

“Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyedari terdapat muat naik di media sosial yang tular berkaitan sebuah taska di stesen penyiaran yang didakwa dikendalikan dengan buruk dan tidak amanah. Taska berkenaan berada di dalam kawasan Angkasapuri Kota Media.

“RTM memandang serius perkara ini dan sedang melakukan siasatan terperinci bagi mendapatkan maklumat lengkap berkaitan insiden tersebut.

“Biarpun taska berkenaan bukan di bawah pengurusan RTM, namun jabatan ini tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas apatah lagi melibatkan nyawa dan kemaslahatan kanak-kanak,” kata pihak RTM.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, warganet yang mengikuti perkembangan ini juga meluahkan kekecewaan mereka terhadap sikap taska yang dianggap meremehkan kebersihan dan keselamatan anak-anak.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Sukan

3s SHAH ALAM – Khabar duka buat kem badminton negara apabila dua jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong disahkan...

Sukan

3s PENCABAR takhta Liga Hi Malaysia (MHL), Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus menunjukkan aksi meyakinkan selepas membelasah wakil China, Pasukan Hi Liaoning 13-1 pada...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Madu kepada pempengaruh media sosial Marissa Dania Hakim iaitu Misya Mazlan tidak menolak rezeki sekiranya dikurniakan cahaya mata ketiga dengan...

Advertisement