Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Tawar Khidmat Seks, Enam Wanita Afrika Ditahan


KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) — Menawarkan khidmat seks menerusi media sosial pada kadar mencecah RM500 hingga RM600 untuk satu malam, itu taktik dikesan digunakan enam wanita warga Afrika dalam kegiatan pelacuran di kondominium mewah di beberapa lokasi di sini.

Dalam serbuan yang dijalankan lewat malam tadi di sebuah kondominium mewah di sini, kesemua mereka yang berusia lingkungan 20-an didapati merupakan penuntut di sebuah universiti swasta di sekitar Taman Shamelin Perkasa, di sini dan Subang, Selangor.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata kegiatan pelacuran itu dipercayai beroperasi sejak tahun lepas menggunakan aplikasi WeChat dan Facebook untuk mencari pelanggan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata pelanggan perlu meyakinkan bahawa mereka tidak akan membocorkan rahsia kegiatan itu dan setelah diyakini mereka akan dianggap sebagai pelanggan eksklusif sekali gus menjadi pelanggan tetap.

“Kegiatan ini dijalankan di lokasi berbeza bergantung kepada permintaan pelanggan setempat dan dianggarkan mereka memperoleh RM7,000 sebulan,” katanya kepada pemberita selepas serbuan itu.

Khairul Dzaimee berkata hasil siasatan mendapati lima wanita berkenaan memasuki negara ini menggunakan pas lawatan pelajar manakala seorang lagi menggunakan pas lawatan sosial.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata serbuan itu turut menahan tiga lelaki warga Afrika dan seorang lelaki tempatan berusia 30-an dengan kesemuanya dipercayai pelanggan.

Katanya kesemua wanita berkenaan akan direman di Depot Imigresen Putrajaya selama 14 hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Sementara itu, seorang wanita yang ditahan turut dilihat berpura-pura pengsan dan sakit bagi meraih simpati pihak berkuasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BERNAMA

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement