Hi, what are you looking for?

Mamak News

‘Tayar sotong’ antara 286 motosikal kena perangkap JPJ


SEBERANG PERAI – Sebanyak 722 buah motosikal diperiksa manakala 286 daripadanya telah dikenakan tindakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dalam operasi Ops Lejang baru-baru ini.

Menurut agensi tersebut, operasi itu dijalankan di dua lokasi berbeza iaitu berhampiran Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang dan Jalan Persiaran Bayan Indah di Bayan Baru di sini.

Ops Lejang terbabit menyasarkan motosikal yang diubahsuai untuk tujuan menguji kelajuan, berlumba haram atau merempit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Beberapa kesalahan melibatkan pengubahsuaian motosikal telah dikesan termasuk brek belakang yang ditanggalkan, pengubahsuaian ‘swing arm’, ekzos serta penukaran tayar kepada saiz yang terlalu kecil (tayar sotong).

“Kesalahan lain adalah penggunaan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan ekstrem serta tidak menggunakan cermin sisi ketika menunggang motosikal.

“Turut dikesan adalah kesalahan yang melibatkan pemandu bawah umur, tidak memiliki lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pemilik dan penunggang motosikal dinasihatkan sentiasa patuh akan peraturan dan undang-undang selain tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti perlumbaan haram serta menunggang motosikal secara melulu sehingga mengundang risiko kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement