Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Techno Mechanicus nama anak ketiga Elon Musk dengan Grimes


NEW YORK: Biografi baharu Elon Musk mengesahkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Tesla itu mempunyai anak ketiga yang tidak pernah didedahkan sebelum ini dengan bekas pasangannya pemuzik Kanada, Grimes.

Kanak-kanak itu, yang umurnya tidak didedahkan kepada umum, dinamakan Techno Mechanicus dan dipanggil ‘Tau’.

Wartawan Walter Isaacson, penulis biografi berkenaan, adalah yang pertama mengesahkan pasangan itu mempunyai anak ketiga, lapor New York Times.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Termasuk Techno Mechanicus, Musk kini mempunyai 10 anak dengan tiga wanita berbeza.

Musk dan Grimes, atau nama sebenarnya Claire Boucher, pertama kali mengumumkan hubungan mereka pada Mei 2018. Sejak itu, pasangan itu mengumumkan kelahiran dua orang anak.

Anak pertama mereka dilahirkan pada 2020 dan dinamakan X Æ A-Xii, atau X. Pasangan itu juga mempunyai seorang anak perempuan, Exa Dark Sideræl Musk, yang dipanggil Y.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Musk dan Grimes bagaimanapun sudah berpisah sejak 2021.


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Takhta Liga Super Milik JDT Kali Ke-10 Berturut-Turut ISKANDAR PUTERI, 27 Sept (Bernama) — Johor Darul Ta’zim (JDT) merangkul kejuaraan Liga Super buat kali...

Mamak News

0 ALOR SETAR – Seramai 603 mangsa banjir dari tiga daerah di negeri ini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga pukul 5 petang...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Panik melihat anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat sekatan menyebabkan ada penunggang motosikal sanggup membahayakan diri dengan melawan arus bagi...

Mamak News

0 “Tidak Mencela, Memfitnah, Memaki Hamun Terhadap Sesiapa, Keindahan Pekerti Dan Akhlak Rasulullah SAW” – PM PUTRAJAYA —  Bersempena sambutan Maulidur Rasul, Perdana Menteri,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications