Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Tegur Pelanggan Sentuh Pisang Goreng Guna Tangan, Peniaga Maut Dipukul


Tegur Pelanggan Sentuh Pisang Goreng Guna Tangan, Peniaga Maut Dipukul

Seorang peniaga pisang goreng maut dipukul oleh seorang pelanggan yang tidak berpuas hati selepas ditegur kerana menyentuh barang jualan dengan menggunakan tangan di Pokok Assam pada Selasa.

Difahamkan, pelanggan tersebut telah naik berang atas teguran diterima dan bertindak memukul peniaga terbabit sampai mati.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mangsa sebelum itu dilaporkan bertengkar dengan suspek sehingga perkakas di gerainya rosak pada kejadian tersebut.

Suspek yang berusia dalam lingkungan 40-an telah menyerang dengan menggunakan batang kayu dari arah belakang ketika mangsa sedang mengemas gerainya sekitar pukul 4.00 petang.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, suspek telah berjaya dikesan dan ditahan pihak polis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, tiga batang kayu serta sebuah topi keledar telah dirampas di tempat kejadian.

Hasil siasatan awal mendapati, suspek yang berkerja sebagai buruh binaan telah positif ujian saringan dadah.

“Ujian saringan awal ke atas tangkapan mendapati suspek yang bekerja sebagai buruh binaan positif dadah jenis morfin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Bedah siasat yang dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh mendapati punca kematian mangsa adalah penyakit jantung dengan kecederaan tisu lembut pada badan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambah beliau, suspek bakal direman sehingga Selasa depan dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Peniaga Lemang Pukul Pelanggan Guna Buluh Didenda RM500

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, Mahkamah Majistret Ayer Keroh menjatuhkan hukuman denda RM500 ke atas seorang peniaga lemang atas pertuduhan memukul pelanggannya dengan menggunakan buluh pada 30 Mei lalu.

Kejadian itu dilaporkan berlaku selepas tertuduh tidak berpuas hati kerana dituduh menjual juadah lemang yang mentah.

Berdasarkan pertuduhan yang dibacakan kepada tertuduh, dia didapati telah menyebabkan kecederaan kepada seorang mangsa berusia 62 tahun dengan sengaja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kejadian berkenaan dilaporkan berlaku kira-kira pukul 8 malam di sebuah gerai lemang yang terletak di Jalan Bukit Beruang, Melaka tengah pada 21 April lalu.

Ekoran daripada kejadian itu, tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

BACA: Uncle Roger Lega, One Piece Tarik Balik “Strike” Ke Atas Video “Review” Kari Jepun Sanji

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 BATAM: Pulau Rempang di Kepulauan Riau tidak jadi dikosongkan untuk memberi laluan kepada projek mega yang menyaksikan kerjasama Indonesia dengan China menerusi pembinaan...

Mamak News

0 PUTRAJAYA – Ternakan di negara ini dilaporkan bebas daripada penyakit Nipah di mana jangkitannya boleh tersebar melalui sentuhan langsung dengan haiwan terjangkit selain...

Mamak News

0 Warga Emas Jadikan Rumah Tempat ‘Timbunan’ Sampah, Abai Keselesaan Jiran IPOH, 25 Sept (Bernama) — Sikap terlalu prihatin terhadap alam sekitar menyebabkan seorang warga...

Mamak News

0 NEW DELHI, India – Kenaikan tinggi harga bahan masakan utama seperti tomato dan bawang menyebabkan kebanyakan penduduk di India mengurangkan atau tidak menggunakan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications