Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Teka-Teki Seakan Dah Terjawab, Apple Store “Confirm” Di The Exchange TRX?


Apple Store Exchange 106

Teka-Teki Seakan Dah Terjawab, Apple Store “Confirm” Di The Exchange TRX?

Teka-teki berkenaan keberadaan lokasi sebenar Apple Store Malaysia seakan-akan sudah terjawab akhirnya.

Ia susulan tularnya rakaman video dan gambar yang menunjukkan papan tanda berlogo Apple dikesan dinaikkan di sebuah bangunan atau lot kedai di Exchange 106, The Razak Exchange (TRX).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia turut dikongsikan oleh seorang pengguna X, @XavierNaza pada petang semalam.

“Akhirnya tiada lagi teka teki berhubung lokasi sebenar Apple Store setelah seorang individu berjaya merakam video papan tanda yang memaparkan logo Apple bertempat di The Exchange TRX.

“Sebelum ini tular video yang memaparkan lokasi Apple Store di The Exchange TRX.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kendatipun begitu, tiada bukti jelas akan bangunan tersebut dijadikan sebagai Apple Store. Melihat kepada video yang dikongsi di atas, tiada lagi teka teki berkait lokasi Apple Store di Malaysia,” tulis @XavierNaza.

Menurut perkongsian itu lagi, Apple Store itu dijangka bakal dibuka pada suku pertama tahun hadapan atau sekitar Februari 2024. Manakala TRX pula dijangka akan dibuka secara rasmi pada Disember ini.

Rakyat Malaysia, khususnya pengguna setia produk Apple sudah sekian lama ternanti-nantikan pembukaan Apple Store pertama di negara ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ura-ura pembukaan stor jenama tersebut sebenarnya sudah pun kedengaran sejak tahun lepas lagi. Malah, berita-berita yang tersebar turut dikuatkan dengan Apple sendiri mengiklankan jawatan kosong khusus untuk stornya di Malaysia.

TRX dibina menggunakan teknik dan peralatan moden

TRX adalah sebuah kawasan pembangunan bercampur dan hub perniagaan serta kewangan baharu di Kuala Lumpur yang berkeluasan kira-kira 17 ekar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Antara pembangunan yang dirancang untuk dibina di TRX termasuklah rangkaian hotel mewah, enam bangunan kediaman serta kawasan perniagaan.

Menurut Lendlease, sekurang-kurangnya 400 jenama runcit terkemuka dunia dijangka akan mengisi lot-lot kedai yang disediakan di kawasan ini.

TRX kelak akan dihubungkan dengan pelbagai jenis pengangkutan sepert MRT, akses kepada MEX dan Terowong SMART dan pelbagai rangkaian lebuhraya utama Kuala Lumpur yang lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis

Sumber: X/@XavierNaxa

Advertisement. Scroll to continue reading.

The post Teka-Teki Seakan Dah Terjawab, Apple Store “Confirm” Di The Exchange TRX? appeared first on Siakap Keli.


Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Lifestyle

0 Kali terakhir dilihat di Sungai Maong, Kuching Pemilik Dakwa Boleh Bergerak Laju, Kura-Kura Gergasi Melarikan Diri Di Kuching. Individu ini muat naik iklan...

Mamak News

0 Polis Nafi Zayn Rayyan Mangsa Dera PETALING JAYA, 8 Dis (Bernama) — Tiada bekas luka lama akibat penderaan dikesan pada badan kanak-kanak autisme...

Sukan

0 PETALING JAYA – Skuad hi remaja lelaki negara terpaksa akur dengan kehebatan Australia apabila tewas 2-5 di Stadium Hi Nasional, Bukit Jalil sebentar...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Pelakon veteran era 1980-an, Datin Maria Arshad masih berada dalam keadaan separuh sedar selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU)...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications