Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Tempatan

Teknik Kabus Subur Tanaman


SARIKEI: Bebas serangga, sejuk dan menyuburkan tanaman. Itu antara keistimewaan teknik semburan kabus.

Kaedah baharu untuk tanaman hidroponik itu sebenarnya memiliki banyak kelebihan namun belum dilaksanakan secara meluas oleh pekebun sayur-sayuran di negara ini.

Kelebihan itu mencetus inspirasi kepada Awang Muhammad Izzat Al Hadi Awang Sallah, lepasan bioteknologi Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) untuk mencipta teknik tersebut di halaman rumahnya di Jalan Alamanda Kampung Seberang, Sarikei di sini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, beliau memberitahu, sistem baharu itu merupakan teknologi untuk merendahkan suhu di dalam rumah hijau.

“Apabila air melalui satu aliran sistem air, ia akan terpecah dan menjadi molekul-molekul kecil dan menghasilkan kabus ke bahagian rumah hijau yang menyerap haba.

“Menerusi teknik kabus itu juga, ia akan menyerap haba dan sekali gus menurunkan suhu di sekitar dan juga pada tanaman sekiranya kering kerana faktor cuaca panas,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah Muhammad Izzat, teknologi kabus digandingkan dengan sistem ‘Deep Flow Technique‘ (DFT) bukan sahaja berupaya mencegah tanaman daripada layu dan rosak, malah mampu meningkatkan hasil pengeluaran dan mengurangkan kebergantungan kepada sayuran import.

“Ia amat bersesuaian dengan kawasan yang suhunya tinggi dan boleh mencecah 35 darjah Celsius. Dengan adanya teknologi seperti ini, kita boleh mengawal suhu rumah hijau kepada 28 ke 27 darjah Celsius, terutamanya pada waktu siang dan petang ketika panas terik,” katanya.

Tidak memerlukan kos yang tinggi, penggunaan teknologi itu boleh dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja, selagi ada minat dan kesungguhan untuk menerokai sesuatu yang baharu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Minat mendalam anak muda ini terhadap tanaman hidroponik bermula selepas berkunjung ke Pameran Pertanian Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) di Serdang, Selangor, lima tahun lalu.

Kini, Muhammad Izzat bukan sahaja berupaya menjana pendapatan sendiri, tetapi mampu menampung keperluan pasaran sayur-sayuran di sekitar bandar Sarikei, di sini.

Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement