Hi, what are you looking for?

Teknik Mudah Nak Buang Air Banjir Bertakung Dalam Rumah - Guna Baldi, Plastik & Paip

Mamak News

Teknik Mudah Nak Buang Air Banjir Bertakung Dalam Rumah – Guna Baldi, Plastik & Paip


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Cuaca buruk yang melanda negara baru-baru ini telah menyebabkan beberapa kawasan menjadi banjir.

Banyak rumah-rumah yang terjejas akibat daripada ditenggelami air.

Untuk membersihkan rumah daripada lumpur serta air yang masih lagi bertakung di dalam rumah bukanlah suatu perkara yang mudah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: 8 Peralatan Menghadapi Darurat Banjir Yang Kita Perlu Ada

Namun begitu, dengan cara yang mudah dan betul, perkara itu pastinya dapat ditangani.

Sehubungan dengan itu, seorang pengguna Facebook bernama Mohd Razak Razali ada berkongsikan tentang tips untuk membuang air yang bertakung di rumah dengan cara yang lebih mudah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Kepada mangsa banjir saya kongsikan cara mudah untuk buang air yang bertakung dalam rumah.

Bahan-bahannya:

Advertisement. Scroll to continue reading.
  • Baldi yang di tebuk lubang pada lantainya, ikut saiz paip.
  • Getah paip atau poli pipe.
  • Karung sampah saiz besar yang ditebuk lubang pada bahagian bawah ikut saiz paip.
  • 2 Kerusi

Caranya:

  • Masukkan hujung paip dari bawah baldi. Terus masukkan pada lubang plastik sampah tadi dan ikat plastik tadi pada getah paip.
  • Tarik getah paip supaya plastik duduk dalam baldi. Hujung satu lagi getah paip bawa ke luar rumah. Letak baldi atas 2 kerusi.
  • Kemudian boleh cedok air banjir tuang dalam plastik yang duduk dalam baldi tadi. Tadaaa, air ikut getah terus keluar, tak perlu angkut keluar.
Teknik Mudah Nak Buang Air Banjir Bertakung Dalam Rumah - Guna Baldi, Plastik & Paip
  • Pastikan terus kocak air dalam rumah supaya lumpur tak mendap. Nanti bila air habis lumpur tak ada dah sebab semua ikut air.
  • Saya guna polypipe sebab senang nak ikat plastik tadi.
Teknik Mudah Nak Buang Air Banjir Bertakung Dalam Rumah - Guna Baldi, Plastik & Paip

Tengok gambar boleh faham. Semoga di permudahkan.

Nota: Kerana ada ramai yang tidak faham saya lakarkan grafik semoga boleh faham.

Teknik Mudah Nak Buang Air Banjir Bertakung Dalam Rumah - Guna Baldi, Plastik & Paip

Sumber: Mohd Razak Razali

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KYIV: Sekurang-kurangnya 13,000 anggota tentera Ukraine terkorban sejak pencerobohan Russia di negara itu pada Februari lalu. Angka itu...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Seorang lelaki berusia 49 tahun, meninggal dunia ketika mendaki Bukit Sri Bintang, di sini hari...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. DOHA – Ketua Jurulatih Maghribi, Walid Regragui yakin lebih banyak kejutan akan hadir selepas pasukannya mara ke pusi­ngan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. “…Kami Memilih Agama Ini,” Enam Sekeluarga Dari Brazil & Lelaki Mexico Peluk Islam Di Piala Dunia Sebuah keluarga...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications