Hi, what are you looking for?

Hiburan

Telinga shila Amzah pekak sebelah, alami jangkitan


SHAH ALAM – “Sebenarnya sejak hari Rabu, telinga saya dah pekak sebelah dan membengkak. Ada jangkitan,”

Demikian penjelasan penyanyi Shila Amzah yang terpaksa akur di tempat ketiga Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) apabila gagal beraksi cemerlang pada pusingan akhir, malam tadi di Auditorium MBSA.

Kata Shila atau nama sebenarnya, NurShahila Amir Amzah, pada hari jumaat waktu ‘sound check’ pertama keadaannya memang tidak okey.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Alhamdulilah, hari berikutnya (Sabtu), keadaan saya baik masa Separuh Akhir Muzik Muzik. Saya boleh nyanyi dua buah lagu.

“Kemudian, saya pun tak tahu ‘sesuatu’ berlaku apabila saya balik sini (MBSA) dah rasa tak ‘sedap’. Jadi, hari ini (Ahad), saya hilang suara saya dan saya tak boleh buat apa tentangnya,” katanya kepada Kosmo! Online usai berakhirnya GV9.

Kata pelantun lagu Patah Seribu itu, dia berasa kecewa dengan dirinya apabila gagal memberikan yang terbaik disebabkan kondisi kesihatan yang tidak berapa mengizinkan.

“Sudah tentu saya berasa sangat kecewa namun perasaan itu lebih kepada terutama apabila saya mengerjakan satu persembahan itu, setiap konsep yang dicernakan memang saya fikirkan sendiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Jadi, macam persembahan saya Tak Ada Logika dan Secret Love Song, memang saya inginkan air atas pentas.

“Selama seminggu, saya dah susahkan pihak produksi dan abang-abang props demi merealisasikan impian saya jadi nyata.

“Jadi, (malam tadi), saya dapatlah konsep air yang saya mahukan tapi itulah, dari segi vokal, sudah tentu saya boleh boleh lebih baik daripada apa yang saya telah dipaparkan.

“Sungguhpun begitu, berbalik juga kepada rezeki. Alhamdulillah, saya dapat buat yang terbaik dan itulah yang terbaik daripada saya dengan kondisi kesihatan malam tadi,” ujar Shila, 32.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, GV9 menyaksikan Jaclyn Victor dinobatkan sebagai juara dengan markah 85.86%, naib juara Bob Yusof (76.28%), Shila (76.06%), Tomok (75.84%), VE (72.39%) dan Hazrul Nizam (69.75%). – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 SINGAPURA: Seorang wanita yang sudah berkahwin dan menjalin hubungan sulit dengan rakan kongsi perniagaannya memasang kamera video mini di tandasnya supaya lelaki itu...

Sukan

0 PASUKAN Johor Darul Ta’zim (JDT) mengakui tidak sabar untuk menguji rumah baharu Selangor FC di Kompleks Sukan Shah Alam yang dijangka siap sepenuhnya...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Bekas isteri Datuk S.M Faisal S.M Nasimuddin, Emilia Hanafi memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini sejak menjadi ibu tunggal,...

Hiburan

0 PUTRAJAYA –  Terkesan nasib menimpa mangsa keganasan rumah tangga, Jahidah Nordin, 44, penyanyi dan usahawan, Sufian Suhaimi, 31, tampil menghulurkan bantuan berbentuk wang...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications