Tempoh 48 Jam Berakhir, Guan Eng Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Siti Mastura
Pengerusi DAP, Lim Guan Eng pada hari ini berkata bahawa beliau akan memulakan prosiding undang-undang dan tindakan jenayah ke atas Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad, lapor Astro Awani.
Tindakan itu dibuat selepas Siti Mastura mendakwa Ahli Parlimen Bagan itu mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pemimpin Komunis, Chin Peng dan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.
Menurut Guan Eng, beliau telah melantik Datuk Sankara Narayanan Nair sebagai peguamnya untuk memulakan prosiding terhadap Siti Mastura itu.
Siti Mastura didakwa telah mengeluarkan ucapan kebencian, pembohongan serta fitnah jahat terhadap beliau ketika berucap.
Siti Mastura didakwa mengeluarkan ucapan itu dalam satu program pada 4 November lalu ketika di Kemaman, Terengganu.
“Beliau secara terang-terangan menggunakan hubungan kekeluargaan yang sebenarnya tidak wujud. Hanya untuk menimbulkan ketakutan terhadap kedua-dua DAP dan orang Cina, adalah jelas bersifat perkauman dan ekstremis.
“Apa yang membuatkan kelakuan Siti Mastura yang tidak bertanggungjawab ini menjadi lebih teruk ialah tiada langsung sebarang rasa sesal daripada beliau. Ucapannya penuh dengan kebencian dengan pembohongan, bersifat perkauman dan ekstremis,” kata Guan Eng dalam kenyataan pada Jumaat.
Tempoh 48 jam untuk kemuka bukti telah diberikan
Sebelum ini, bekas Menteri Kewangan itu telah memberikan tempoh 48 jam kepada Siti Mastura untuk mengemukan bukti berkenaan dakwaannya itu.
Antara dakwaan Siti Mastura adalah dengan mengaitkannya serta bapanya, Tan Sri Lim Kit Siang sebagai sepupu kepada Chin Peng dan Kuan Yew.
Selain itu, Siti Mastura juga turut mengeluarkan kenyataan yang mendakwa beberapa pemimpin DAP yang lain mempunyai pertalian dengan Guan Eng.
Nama-nama pemimpin yang disebut adalah Anthony Loke, Nga Kor Ming, Datuk Ngeh Koo Ham serta Teresa Kok.
“Beliau enggan menunjukkan bukti mengenai dakwaan hubungan kekeluargaan tersebut. Malah tidak langsung menarik balik atau memohon maaf di atas pembohongan dan fitnah jahatnya,” tambah Guan Eng.
Dalam pada itu, Guan Eng turut menggesa Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi Pakatan Nasional (PN) berkenaan pendiriannya terhadap kenyataan itu.
Seorang lagi pemimpin dari blok pembangkang yang digesa adalah Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sumber: Astro Awani
The post Tempoh 48 Jam Berakhir, Guan Eng Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Siti Mastura appeared first on Siakap Keli.
Artikel asal oleh: Siakap Keli
RM13.01
