Hi, what are you looking for?

Mamak News

Tengah-Tengah Malam Naik Notifikasi “Suspicious Person” Berdekatan Kereta, Rupanya…


Tengah-Tengah Malam Naik Notifikasi “Suspicious Person” Berdekatan Kereta, Rupanya…

Seperti yang diketahui waktu malam sememangnya membuatkan bulu roma sesiapa sahaja berdiri kerana persekitaran yang gelap gelita. Perkara ini menimbulkan pelbagai prasangka buruk dalam fikiran seperti kelibat makhluk ghaib.

Bukan sahaja itu, ada juga individu yang mengambil kesempatan melakukan jenayah dan aktiviti tidak bermoral sewaktu di dalam gelap agar tidak dapat dihidu pihak berkuasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Baru-baru ini tular satu video yang dimuat naik di TikTok @geby_283 memaparkan notifikasi keselamatan kenderaan dipercayai miliknya. Dalam mesej tersebut menyatakan terdapat seseorang yang mencurigakan di sekitar kenderaan miliknya.

Ketika notifikasi itu diterima, hari telah pun larut malam, Perkara itu membuatkan  pemilik video berasa takut apatah lagi dalam notifikasi berkenaan ‘mengesan’ kelibat seseorang berhampiran kenderaannya.

“Tengah-tengah malam naik notification ni memang tak rilek. Nak check takut tapi taknak check risaukan kereta. Fikirkan sape main tengah-tengah malam macam ni,” tulisnya dalam video berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ekoran diselubungi perasaan tidak ‘sedap hati’ pemilik video itu membuat pemeriksaan menerusi rakaman kamera bagi mengetahui kepastian.

Bukan Manusia, Rupanya..

Bagaimanapun, setelah diperiksa “entiti” yang dimaksudkan dalam pemberitahuan itu rupanya seekor kucing.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tapi bila check tengok rasa macam…” tulisnya lagi.

BACA JUGA: Seram, Kelibat Putih Jalan Mundar-mandir Di Wad Hospital Dirakam CCTV

Selamba Duduk Atas Kereta, Tuan Cuak Takut Kereta Hilang

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hasil pemeriksaan menerusi video mendedahkan seekor kucing kelihatan duduk di atas kenderaan miliknya. Kucing berkenaan seperti melihat kamera yang dipasang di dalam kenderaan berkenaan.

Tambahan lagi, si bulus itu ‘selamba’  duduk di atas kenderaan berkenaan untuk menyucikan bulunya.

Reaksi Netizen 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya terhibur dan terkejut dengan “plot twist” setelah melihat video berkenaan. Bahkan ada sesetengah netizen memberikan padangan dan teori masing-masing.

Untuk makluman, video ini mendapat lebih 600,000  tontonan, lebih 92,000 tanda ‘Suka’ dan lebih seribu komen daripada pengguna kurang dari 24 jam.

@geby_283

Suspicious ‘person’ detected! #seram

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ original sound – Gebs – Gebs

Sumber: TikTok @geby_283

BACA JUGA: Tular Video Pendaki Rakam Kelibat Seakan Lembaga Putih ‘Terpacak’ Atas Gunung

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Teruskan Membaca

Lifestyle

0 Seorang lelaki sanggup merogol rakan perempuannya sendiri selepas makan malam Dipelawa Keluar Makan Malam, Remaja Perempuan Trauma Dirogol Rakan Lelaki Di Tangga. Seorang...

Mamak News

0 Tular Video Staf Lapangan Terbang Filipina Kantoi Telan Duit Disyaki Dicuri Daripada Pelancong China Seorang kakitangan wanita lapangan terbang di Filipina kantoi menelan...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Lima anggota polis antara enam individu ditahan selepas disyaki melarikan seorang lelaki dari sebuah kedai makan yang terletak di Desa...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Seorang wanita yang juga suri rumah mencari ‘kawan upahan’ selepas dipercayai mengalami tekanan melampau (burnout), akibat tiga tahun terperap menguruskan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications