Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Lifestyle

Tengku Hassanal Puji Usaha Sarawak Tangani Perubahan Iklim


Contoh Yang Boleh Diikuti Negeri Lain Di Malaysia

Tengku Hassanal Puji Usaha Sarawak Tangani Perubahan Iklim. Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, telah mengakui usaha yang cemerlang oleh negeri Sarawak dalam menangani cabaran perubahan iklim.

Beliau berkongsi pandangan ini kepada media tempatan semasa penyertaannya dalam Persidangan Pihak Berkepentingan Mengenai Perubahan Iklim ke-28 (COP28).

“Kita perlu mendidik diri kita sendiri, kita perlu mengubah program pendidikan menjadi lebih alam sekitar, lebih ESG”

Menurut Tengku Hassanal, kesedaran mengenai isu perubahan iklim masih dalam peringkat awal di kalangan rakyat Malaysia. Baginda turut menekankan keperluan untuk mendidik masyarakat dan menyesuaikan program pendidikan agar lebih menitikberatkan aspek alam sekitar, tanggungjawab sosial korporat (ESG), dan kelestarian alam.

Advertisement. Scroll to continue reading.
| Kampungmamakcom Tengku Hassanal Puji Usaha Sarawak Tangani Perubahan Iklim
Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah

Beliau berkata, bukan mudah, sebab perubahan iklim ini berlaku kepada kita, rakyat kita harini. Kita masih di peringkat awal; kita perlu mendidik diri kita sendiri, kita perlu mengubah program pendidikan menjadi lebih alam sekitar, lebih ESG, jadi bahawa generasi akan datang mereka mempunyai pemahaman yang lebih baik.

Terkait dengan inisiatif negeri Sarawak, Tengku Hassanal memberikan pujian yang tinggi terhadap usaha mereka dalam melaksanakan Akta Perubahan Iklim Sarawak.

Beliau menyatakan, “Baru-baru ni negeri Sarawak ada meluluskan undang-undang dan sangat mengagumkan. Kerajaan negeri pertama di Malaysia berbuat demikian. dan saya fikir ia adalah contoh yang baik untuk diikuti oleh seluruh Malaysia.”

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s PETALING JAYA – Kebangkitan luar biasa Harimau Malaya untuk mengikat Korea Selatan 3-3 sebentar tadimendapat perhatian daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Badan...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Penyanyi Shila Amzah mempunyai cara tersendiri untuk menangani sekiranya dirinya mengalami kebimbangan melampau atau anxiety. Menurut Shila atau nama penuhnya...

Sukan

0 LONDON – Pasukan Yamaha dilihat telah mengambil langkah berani apabila merekrut dua jurutera utama Ducati sebagai persiapan untuk meyakinkan pelumba utamanya, Fabio Quartararo...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Biarpun direstui peminat, penyanyi Syafiq Farhain menolak tawaran untuk menggantikan bapanya, Allahyarham Saleem sebagai valis kumpulan Iklim. Menurut Syafiq atau...

Advertisement