Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Tengok Bentuk & Pangsa, Peniaga Jujur Kongsi Tips Pilih Durian Isi Penuh


Tengok Bentuk & Pangsa, Peniaga Jujur Kongsi Tips Pilih Durian Isi Penuh

Menjelang musim durian, deretan gerai menjual Raja Buah itu di tepi-tepi jalan menjadi pemandangan biasa di seluruh Malaysia. Walaupun harganya boleh dikatakan mahal berbanding buah-buah lain, durian tetap mendapat sambutan hangat setiap tahun.

Selain enak dimakan begitu sahaja, durian juga boleh diolah menjadi pelbagai juadah lain, bermula dari pencuci mulut hinggalah kepada pes masakan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beberapa hidangan bermusim seperti serawa durian, pengat durian, kuih seri muka durian dan sebagainya boleh didapati dengan mudah.

Namun, kebanyakan rakyat Malaysia lebih gemar menikmati isi durian segar, tanpa diolah kepada mana-mana juadah. Bagi penggemarnya, rasa durian yang asli sudah cukup sedap untuk dinikmati begitu sahaja.

Hari ini, durian dijual secara timbangan kilogram dan harganya berbeza-beza mengikut bakanya. Udang Merah lebih mahal dari durian kampung, Musang King lebih mahal dari Udang Merah dan Duri Hitam lebih mahal dari Musang King.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain daripada itu, kita terpaksa bergantung kepada maklumat-maklumat yang dibekalkan oleh peniaga sahaja ketika membeli Raja Buah ini. Baik atau buruk, isi banyak atau tidak, manis atau pahit, semuanya kita tak tahu.

Bercakap tentang durian isi banyak ke tak, sebenarnya ia boleh diketahui jika kita pandai ‘membaca’ keadaan bentuk atau pangsa buah dari luar tau.

Peniaga durian ajar pengguna TikTok bagaimana untuk mencari durian yang berisi penuh

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seorang penjual durian di TikTok yang dikenali sebagai Abang Potai (@abgpotai) berkongsi cara untuk meramal isi durian sebelum membukanya.

Pada awal video, Abang Potai telah menunjukkan sebuah durian yang bersaiz besar dan memiliki bentuk bulat yang agak sempurna.

“Ini adalah durian Musing King yang bergred A, kualiti import. Sebab apa, dia bulat dan besar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Buah macam ni, kita tak perlu fikir panjang dan boleh terus boleh beli. Sebab apa? Durian ini memang berkualiti dan isi pun penuh.”

Walau bagaimanapun, Abang Potai mengingatkan Musang King gred A ini dijual pada harga yang mahal dan pembeli perlu bersedia untuk membayar jika ingin membelinya.

| Kampungmamakcom Durian Berisi PenuhKredit: TikTok

Selain itu, penjual tersebut turut menunjukkan bentuk bintang pada bahagian bawah buah durian. Biasanya, bentuk bintang ini dijadikan sebagai panduan untuk mengopek buah ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| Kampungmamakcom Durian Berisi PenuhKredit: TikTok

Seterusnya, Abang Potai menunjukkan sebuah durian yang lain. Kali ini, bentuk bulatnya tidak begitu sempurna.

Katanya, terdapat satu pangsa yang ‘hilang’. Berdasarkan petunjuk bentuk bintang sebelum ini, terdapat satu bahagian pada luar buah durian tersebut kelihatan tenggelam berbanding bahagian-bahagian yang lain yang kelihatan ‘timbul’.

“Kalau kita beli yang ini, kita akan kehilangan satu pangsa isi,”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kemudian, penjual tersebut mengambil sebuah durian yang memiliki saiz yang agak besar tetapi tidak memiliki bentuk bulat yang sempurna.

Jelasnya, buah tersebut kehilangan dua pangsa berdasarkan kesan lekuk pada luaran durian.

| Kampungmamakcom Durian Berisi PenuhKredit: TikTok

Namun begitu, Abang Potai berkata bahawa kadang-kadang ada peniaga yang meletakkan durian ini dalam gred A disebabkan saiznya yang agak besar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Baginya, saiz durian tidak menentukan gred durian semata-mata dan durian tersebut sepatutnya diletakkan pada gred yang lebih rendah.

Seterusnya, peniaga tersebut menunjukkan bentuk-bentuk durian yang sering memperdaya pembelinya. Bentuk-bentuk durian yang ditampilkan langsung tidak bulat dan seakan-akan bentuk durian belanda.

”Saiznya besar tetapi tidak langsung berbentuk bulat.”

Advertisement. Scroll to continue reading.

| KampungmamakcomKredit: Tiktok

Ujarnya, setiap bahagian yang timbul hanya mengandungi seulas isi sahaja. Lebih perit, biasanya durian ‘scam’ ini memiliki kulit yang tebal yang menyebabkan pembeli seakan-akan tertipu.

Pada akhir video, Abang Potai memberitahu orang ramai bahawa tidak menjadi masalah untuk membeli durian bergred C. Asalkan buah yang dipilih bebentuk bulat untuk memastikan isinya penuh.

@abgpotai

Replying to @l4l4tm4nj4 👌👍👍#fyp

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ Instrument Sholawat Sedih – INDRAGE

BACA: Ini Maksud Sebenar & Asal Usul Negara Dunia Pertama, Kedua & Ketiga

Sumber: abgpotai via Tiktok

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

0 PETALING JAYA – Selepas melalui ‘drama’ keluarga penuh berliku tahun lalu, ibu penyanyi Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman sekali lagi mengundang perhatian ramai...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Jarang berkongsi gambar dengan suami dalam media sosial sehingga muncul dakwaan kononnya sedang berdepan krisis rumah tangga, pelakon Datin Elvina...

Sukan

0 SEPANG – Juara dunia, Marc Marquez mengakui dia tidak suka dengan MotoGP ketika ini yang lebih memberi tumpuan kepada kepada pembangunan aerodinamik. Ketika...

Sukan

0 AL RAYYAN – Jordan ­menempah slot suku akhir Piala Asia 2023 dengan penuh dramatik apabila meledak dua gol di hujung permainan untuk menewaskan...

Advertisement