Hi, what are you looking for?

Mamak News

Tentera Israel tahan 19 anggota Jihad Islam Palestin


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

BAITULMUQADDIS: Tentera Israel meningkatkan serangan terhadap Jihad Islam hari ini dan mengumumkan penahanan 19 anggota kumpulan itu di Tebing Barat, di samping melancarkan serangan menyasarkan kubu mereka di Gaza.

Dalam satu kenyataan, tentera Israel memaklumkan anggota dan ejennya dari agensi keselamatan dalaman, Shin Bet, menjalankan operasi di beberapa lokasi di Tebing Barat bermatlamat ‘menahan pengganas Jihad Islam’.

Katanya, daripada 20 individu yang ditahan dalam operasi itu, 19 daripadanya adalah anggota kumpulan Jihad Islam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pertempuran terkini yang semakin tegang di Gaza tercetus selepas Israel menahan Bassem al-Saadi di Tebing Barat, seorang komander kanan Jihad Islam yang didakwa mendalangi beberapa serangan.

Israel mendakwa pejuang Jihad Islam di Gaza merancang serangan di selatan Israel sebagai tindak balas penahanan Bassem, sekali gus memaksanya melancarkan serangan balas.

Di Semenanjung Gaza, jet Israel menyerang lokasi kubu Jihad Islam ketika serangan roket melanda selatan Israel, beberapa jam selepas serangan udara Israel di kawasan itu membunuh sekurang-kurangnya 11 individu, termasuk seorang anggota kanan kumpulan itu seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bunyi letupan kedengaran di Bandar Gaza, dengan kepulan asap menjulang dari tingkat tujuh sebuah bangunan, manakala video tentera Israel menunjukkan serangan menghentam tiga menara kawalan, dipercayai menempatkan pejuang Jihad Islam.

Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan, seorang kanak-kanak berusia lima tahun dan wanita berusia 23 tahun adalah antara yang terbunuh di Gaza, tanpa memperincikan sama ada mangsa ialah pejuang atau orang awam.

Terdahulu, tentera Israel menganggarkan kira-kira 15 anggota militan terbunuh, dan puluhan lagi cedera.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Media Israel menunjukkan ruang udara di selatan dan tengah Israel dipenuhi roket yang meletup selepas dipintas sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome (Kubah Besi).

Wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke rantau itu, Tor Wennesland, menggesa pelancaran roket itu dihentikan segera, dan meminta semua pihak mengelak daripada meningkatkan ketegangan.

Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz, pula meluluskan perintah mengerahkan 25,000 tentera simpanan jika perlu, manakala tentera Israel mengumumkan ‘keadaan khas’ di negara itu, dengan sekolah ditutup dan pergerakan masyarakat dihadkan dalam lingkungan 80 kilometer (km) dari sempadan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum, pula menegaskan ‘musuh Israel yang memulakan serangan terhadap Gaza dan melakukan jenayah baharu, perlu membayar harga dan bertanggungjawab sepenuhnya.’


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) menolak kemungkinan saingan final Piala FA musim ini dilangsungkan secara timbal balik selepas...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KOTA BHARU – Kira-kira 20 hingga 30 peratus peserta Program Ladang Rakyat di Kelantan berjaya keluar daripada paras...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Impian pasangan penyanyi, Akim Ahmad dan Stacy untuk menimang seorang anak lelaki dalam rumah tangga...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PHNOM PENH: Menteri Luar Kemboja hari ini menyatakan bl ASEAN memutuskan Myanmar akan terus disekat daripada menghadiri semua...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications