Hi, what are you looking for?

Mamak News

Tentera Korea Utara sedih, Jong Un positif Covid-19


PYONGYANG: Barisan tentera Korea Utara tidak dapat menahan sebak dan mengesat air mata selepas pemimpin diktator, Kim Jong Un disahkan ‘sakit tenat’ akibat ‘demam panas’ semasa Covid-19 melanda negara, awal musim panas lalu. 

Berita itu dikongsikan oleh adik perempuan Jong Un, Kim Yo-jong dalam majlis rasmi dengan memaklumkan abangnya menderita jangkitan pertama sejak Korea Utara dilanda wabak itu, Mei lalu. 

Sehubungan itu, Pyongyang menyalahkan Korea Selatan sebagai punca wabak itu menular dan merebak ke kawasan sempadan sehingga merisikokan 4.8 juta penduduk.  

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Walaupun tidak sihat dan demam panas, beliau tidak boleh berehat kerana memikirkan situasi rakyat yang berdepan wabak ini.

“Boneka (Korea Selatan) masih melemparkan risalah dan objek kotor ke wilayah ini. Kita mesti menentangnya dengan keras,” katanya. 

Berita tersebut merupakan pengumuman pertama mengenai Jong Un dijangkiti Covid-19, sedangkan sebelum ini negara itu tidak pernah melaporkan sebarang kes jangkitan sepanjang tempoh dua tahun. 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Golongan pakar pula berpandangan Korea Utara sengaja memanipulasi skala penularan wabak bagi membantu Jong Un mengekalkan kawalan mutlak di Pyongyang ketika krisis ekonomi semakin meningkat. 

Khamis lalu, Jong Un mengisytiharkan kemenangan negara dalam membanteras virus Covid-19. 

Susulan itu, pemimpin tertinggi negara memerintahkan penarikan langkah antiwabak yang dikenakan sejak Mei lalu. 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sehingga kini, Korea Utara tidak mendedahkan jumlah jangkitan virus yang dikesan, namun, sejak 29 Julai lalu, negara itu melaporkan tiada kes baharu direkodkan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula meragui mengenai pengumuman yang dibuat oleh Korea Utara dan percaya situasi sebenarnya bertambah buruk bulan lalu, sekali gus tiada gambaran sebenar mengenai situasi pandemik di negara itu.  

Apatah lagi, negara itu diketahui tidak pernah melancarkan sebarang program vaksinasi dan hanya bergantung kepada langkah kawalan semata-mata seperti perintah berkurung dan rawatan yang dibangunkan secara domestik. 

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement