Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Tentera Laut Diraja England bantu gali pejabat pos terpencil Antartika tertimbus salji tebal


ANTARTIKA: Tentera Laut Diraja England dikerahkan untuk membantu empat wanita United Kingdom (UK) yang bekerja di pangkalan pejabat pos paling terpencil di Antartika selepas bangunan berkenan ditimbus salji tebal.

Lapor potal berita BBC, Kelasi dan Marin Diraja dari HMS Protector menghabiskan dua hari menggali timbunan salji di tapak pejabat saintifik Port Lockroy.

Pasukan tersebut turut membantu membaiki bumbung bangunan Bransfield Hut yang menempatkan muzium, kedai cenderamata dan pejabat pos paling terpencil di dunia itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Empat wanita berkenaan mengalahkan 6,000 pemohon untuk menguruskan pangkalan itu dan berkongsi pulau itu dengan koloni penguin Gentoo.

Clare Ballantyne, Mairi Hilton, Natalie Corbett dan Lucy Bruzzone menerima tugasan membuka semula tapak sejauh 14,484 kilometer (km) dari UK pada Oktober lalu.

Mereka sedang melaksanakan tugas bersama tiga kakitangan lain yang akan berlepas tidak lama lagi, menjelang musim panas di hemisfera selatan apabila salji lebat sedalam empat meter menimbus kawasan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pasukan dari HMS Protector mengalihkan beberapa tan salji dan melakukan pembaikan sementara termasuk bumbung yang rosak.

Jurutera berkata, mereka menggunakan kaedah kawalan kerosakan kapal tentera laut tradisional dengan pancang dan blok kayu untuk menstabilkan struktur.

Kapal peronda ais turut melakukan lawatan tetap ke pangkalan antarabangsa di Port Lockroy untuk menghantar bekalan, dan menyokong penyelidikan saintifik UK serta negara lain di kawasan berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selepas usaha membaik pulih dijalankan, kakitangan wanita dilaporkan kembali menyambung semula tugas mereka selama lima bulan di Port Lockroy.

Kawasan berkenaan merupakan bekas stesen penangkapan ikan paus dan menjadi tarikan utama pelancong yang dikunjungi sekitar 20,000 orang pada musim panas.


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement