Hi, what are you looking for?

Mamak News

Terbeban Hutang, Lelaki Tinggal Wasiat Minta Isteri Lunaskan RM1,000


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Gara-gara terbeban akibat berhutang, seorang lelaki tinggalkan surat wasiat meminta isteri lunaskan hutangnya sebelum menamatkan riwayat hidupnya dengan merempuh kereta api.

Lapor Kompas.com, mangsa didakwa bertindak sedemikian dalam satu kejadian di Stesen Pagaden Baru, Jawa Barat sekitar jam 5.30 petang pada Ahad.

Ketua Polis Pagaden, Senen Ali berkata, pihaknya menemukan surat wasiat yang ditinggalkan mangsa di dalam kereta miliknya sebelum tekad mengakhiri hidup di landasan kereta api.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Disyaki punca mangsa terdesak menamatkan hidupnya adalah kerana berhutang.

“Dalam surat wasiat itu, mangsa menulis meminta wanita yang dipercayai isterinya melunaskan hutangnya sebanyak RM1,000,” jelas Senen menerusi.

Difahamkan, kandungan wasiat tersebut amat ringkas di mana mangsa meminta untuk melunaskan hutangnya dan menulis nombor telefon orang yang dipinjam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam masa sama, Senen berkata mangsa datang ke stesen kereta api tersebut dengan memandu sebuah kereta jenis Suzuki sebelum mengakhiri hidupnya.

“Daripada keterangan saksi yang kami kumpul, mangsa datang ke stesen Pagaden dan pergi ke bilik air.

“Tidak lama kemudian, mangsa keluar dari tandas dan duduk di atas kerusi semasa di stesen kereta api,” katanya memetik Kompas.com.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelas Senen, setelah kereta api menghampiri lelaki itu berlari dan merempuh kereta api yang dalam perjalanan dari Jakarta menuju ke Pasar Turi Surabaya.

“Mangsa disahkan mengakhiri ‘riwayat’ dengan merempuh kereta api dan dikejarkan ke Hospital Subang yang berdekatan di daerah ini,” kata Senen ketika menjelaskan keadaan mangsa.

Sumber: Kompas.com

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KLANG – Dua penyamun bermotosikal menyebabkan seorang warga emas cedera di Bandar Botanik dipercayai terlebih dahulu telah melakukan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Wanita Nekad Kahwinkan Suami Dengan “Ex”, Dapat Tahu Suami Masih Simpan Perasaan Seorang wanita di Andhra Pradesh, India...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. SEPANG – Seramai 12 murid sekolah berdepan saat mencemaskan apabila van sekolah dinaiki mereka terbabas dalam kejadian petang...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. HYDERABAD: Seorang wanita di India membantu suaminya berkahwin dengan kekasih lamanya selepas mendapat tahumereka masih mempunyai perasaan cinta...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications