Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Terdengar Bisikan Misteri, Ustaz Nazrey Johani Tinggalkan Raihan Demi Berdakwah Di Sabah


Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pada tahun 2006, kita menyaksikan penyanyi utama Raihan, Ustaz Nazrey Johani tidak lagi menjadi sebahagian daripada kumpulan nasyid tersebut. Keputusannya telah menggemparkan dunia muzik tempatan, sekali gus merupakan satu kehilangan besar dalam industri nasyid di Malaysia.

Sebelum ini, Siakap Keli ada melaporkan punca penyanyi utama tersebut meninggalkan Raihan. Berdasarkan keratan laporan terdahulu, Ustaz Nazrey Johani meninggalkan kumpulan tersebut kerana ingin menyebarkan dakwah di tempat kelahirannya iaitu di Negeri Di Bawah Bayu, Sabah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| KampungmamakcomKeratan artikel terdahulu

BACA: Tak Ramai Yang Tahu, Lelaki Ini Dedah Kenapa Ustaz Nazrey Tekad Tinggalkan Raihan

Menurut sebuah video Youtube di bawah saluran UstazUstazah.Com, seorang lelaki sedang menemu bual Ustaz Nazrey Johani atas kisahnya meninggalkan kumpulan nasyid tersebut, secara terperinci. Beliau pun menceritakan kisahnya dari awal sehingga akhir.

Hati yang tidak tenteram

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada awal kisahnya, Ustaz Nazrey Johani membuka kisahnya dengan mengatakan perasaannya semasa berkecimpung dalam dunia nasyid. Beliau mengatakan, dirinya agak sukar untuk menjalani kehidupan sebagai seorang artis iaitu menjaga akaun sosial medianya.

Biasanya, pempengaruh dan selebriti akan memastikan media sosial mereka aktif untuk memberikan berhubung dengan peminat mereka, tetapi perkara ini bukan satu keutamaan dalam hidupnya. Beliau menyatakan bahawa dirinya pernah membuat akaun Facebook dan akaun tersebut dibiarkan begitu sahaja.

Selain itu, Ustaz Nazrey mengatakan dirinya masih diselubungi dengan rasa tidak tenang, walaupun sudah pergi ke pelbagai negara untuk melakukan konsert secara langsung. Kalau mengikut kebiasaan, kita akan menjadi teruja apabila ada orang yang ingin membawa anda ke luar negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| KampungmamakcomGambar via Google Images

Ini tidak memberikan keterujaan kepada diri Ustaz Nazrey Johani. Sebaliknya bagi dirinya, ia hanyalah sekadar urusan pekerjaan semata-mata.

Secara keseluruhan, dirinya merasakan kehidupan sebagai seorang artis tidak menjamin kegembiraannya. Ustaz Nazrey sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T agar dia diberikan petunjuk untuk membuat keputusan yang bakal mengubah hidupnya.

“Ya Allah, kalau ini bukan tempat saya, keluarkan saya dengan cara yang baik.”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mendapat panggilan telefon untuk seruan dakwah di Sabah

Sebelum dirinya keluar secara rasmi daripada kumpulan nasyid tersebut, Ustaz Nazrey Johani dihubungi oleh beberapa figura pendakwah lain yang meminta bantuan beliau untuk meluaskan dakwah di Sabah.

Difahamkan bahawa ketika itu beliau baru sahaja pulang ke Malaysia selepas mengadakan konsert Raihan di Kanada pada bulan Disember, 2005. Pihak-pihak yang menelefon Ustaz Nazrey menzahirkan rasa khuatir mengenai aktiviti dakwah yang kurang mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat di negeri tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| KampungmamakcomGambar hiasan | Kredit: Indahnya Islam

Seperti yang dinyatakan dalam artikel Siakap Keli sebelum ini, ahli jemaah yang mendirikan solat fardhu di masjid di kawasan tertentu di Sabah pada ketika itu sangatlah sedikit. Kadang kalanya boleh dikira dengan menggunakan jari tangan.

Keadaan Islam di  Sabah menyebabkan dirinya berfikir; ia merupakan tempat lahirnya, negeri kelahirannya dan dia amat mengenali keadaan negeri tersebut yang memiliki sambutan yang kurang memberangsangkan terhadap kegiatan dakwah pada ketika itu.

Terimbas pengalaman sebelum memeluk Islam

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketika bercakap mengenai keadaan aktiviti dakwah di bumi Sabah, ia juga mengingatkan dirinya saat sebelum bergelar penganut agama Islam. Saat dirinya hendak mempelajari al-Quran, dirinya dihalang kerana pada ketika itu dia masih belum menganuti agama fitrah ini.

Ustaz Nazrey Johani juga mengatakan, pada saat-saat dia ingin mengucapkan kalimah syahadah buat kali pertama dalam hiduonya, dia berjanji untuk mengamalkan ajaran Islam dengan bersungguh-sungguh, bukan sekadar meletakkan Islam pada nama sahaja.

| KampungmamakcomGambar hiasan | Kredit: Beana

Setelah mendapat penggilan telefon tersebut, Ustaz Nazrey Johani mengambil cuti selama 20 hari untuk pulang ke kampung halaman. Untuk makluman, sudah enam tahun beliau tidak menjejakkan kaki tempat tersebut. Sampaikan dirinya sudah tidak mengingati rupa adiknya disebabkan adiknya sudah pun besar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Saat ingin membuat keputusan yang sukar

Ketika cuti sudah pun sampai ke penghujungnya, beliau seakan-akan mendapat petunjuk. Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah ibunya, beliau terdengar satu suara yang menerpanya. Apa yang disampaikan oleh suara tersebut, menusuk ke hatinya.

“Nazrey, kau teruskan kerja dakwah ini. Tapi ingat, yakin dengan rezekiku,”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Apabila mendengar suara tersebut, Ustaz Nazrey Johani nekad untuk mengambil keputusannya. Beliau juga meminta restu daripada ibunya terhadap keputusan yang bakal diambil.

Setelah tiba di Semenanjung Malaysia, Ustaz Nazrey Johani meminta ahli-ahli Raihan yang lain untuk berkumpul di Masjid Sri Damansara. Dengan kenekadan yang tidak terbelah bahagi, dirinya memaklumkan kepada ahli-ahli yang lain bahawa beliau tidak akan bersama lagi dalam kumpulan tersebut.

Walaupun keputusannya boleh disifatkan pahit bagi kedua-dua pihak, namun itu merupakan jalan yang terbaik. Setiap pertemuan ada perpisahan, setiap awal ada pengakhirannya. Itulah resmi kehidupan manusia yang tidak boleh memiliki sifat kekekalan yang hanya dimiliki oleh Ilahi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Temu bual eksklusif bersama Ustaz Nazrey Johani mengenai kisah penghijrahannya boleh diikuti dengan lebih terperinci menerusi video di bawah:

Kini, Ustaz Nazrey Johani bersama  organisasi UstazUstazah.Com sedang bergiat aktif dalam kegiatan dakwah di Sabah. Anda juga boleh turut sebarkan dakwah Islam bersama Ustaz Nazrey Johani dengan klik link di bawah https://nazreyjohani.com

Advertisement. Scroll to continue reading.

Atau salurkan ke akaun bank yang tertera:

Pembangunan Maahad Tahfiz Bayu Syahadah 🕌
Bank: Maybank
Nama: Al Tahfiz Bayu Syahadah
No akaun: 555050133711

Program TajaQuran 🕌
Bank: Maybank
Nama: Ustazustazah Dot Com
Akaun: 555050133280

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: UstazUstazah.com via Youtube

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement