Hi, what are you looking for?

#image_title

Lifestyle

Terdesak Beli Susu Dan Lampin Anak, Lelaki Curi Duit Majikan Didenda RM1K Di Kuching


Sanggup curi RM130 dari majikan

Terdesak Beli Susu Dan Lampin Anak, Lelaki Curi Duit Majikan Didenda RM1K Di Kuching. Seorang bapa berusia 27 tahun ditangkap atas kesalahan mencuri wang sebanyak RM130 daripada majikannya di sebuah restoran Jepun.

Wang itu dicuri bagi membeli barang keperluan bayinya yang berusia sebulan.

Menurut sumber, suspek bekerja sebagai tukang masak di restoran tersebut dengan gaji bulanan sebanyak RM2,100. Dia melakukan pencurian pada 13 November lalu apabila wang itu diambil dari mesin juruwang restoran.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Terdesak Beli Susu Dan Lampin Anak, Lelaki Curi Duit Majikan Didenda RM1K Di Kuching. Sumber: Dayak Daily

Beliau tetap mengaku bersalah melakukan kesalahan tersebut

Lelaki terbabit dihadapkan ke Kompleks Mahkamah Kuching semalam. Beliau mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan.

Majistret Mason Jaro Lenya Barayan menjatuhkan hukuman penjara selama 3 hari dan denda sebanyak RM1,000. Suspek juga bakal dipenjarakan 1 bulan jika gagal membayar denda.

Menurut pendakwa, wang itu dicuri pada pukul 7 petang pada 13 November lalu.

Pengadu hanya sedar pencurian itu melalui Group WhatsApp dan meminta wang dicuri dikembalikan dalam 24 jam, namun gagal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Baca lagi artikel menarik:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Petinju Muay Thai Malaysia Tumbangkan Lawan Dalam Tempoh 36 Saat BANGKOK, 10 Dis (Bernama) — Petinju muay thai negara Johan Ghazali mendominasi lawannya dalam...

Lifestyle

0 Lagi menu sarapan ‘lejen’ di Kuching Legend Di Kuching, Mi Jawa Rabak Ini Jadi Menu ‘Breakfast’ Kegemaran Penduduk Tempatan. Hari ini, kami akan...

Mamak News

0 Anjing Sakit Gusi, Punca Kejadian Tayar Pancit Di Itali Sejak bulan Julai yang lalu, penduduk di pekan Vastogirardi, Itali mengalami masalah tayar pancit...

Mamak News

0 Dua Petani Maut Disambar Petir Ketika Berteduh Di Pond Dua orang petani maut disambar petir ketika sedang berteduh di pond berhampiran sebidang sawah...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications