Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Terengganu Akan Tambah Pegawai Penguat Kuasa Syariah Tahun Depan


KUALA TERENGGANU, 29 Nov (Bernama) — Kerajaan Terengganu akan menambah bilangan pegawai penguat kuasa syariah di negeri itu pada tahun depan, bagi memperkasakan jabatan dan badan agama di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Datuk Satipul Bahri Mamat berkata langkah itu diambil memandangkan jumlah penguat kuasa yang ada tidak mencukupi untuk menampung tugas-tugas penguatkuasaan syariah di Terengganu.

“Setakat ini kita ada 85 pegawai penguat kuasa, terdiri daripada 62 lelaki dan 23 perempuan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Jumlah ini memanglah kecil dan tidak mampu menampung pertambahan penduduk negeri yang sudah mencapai seramai 1.2 juta orang selain pertambahan satu daerah baharu iaitu Kuala Nerus,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Hilmi Harun (PAS-Manir) berkenaan bilangan penguat kuasa syariah di setiap daerah di negeri itu.

Selain itu, Satiful berkata kerajaan negeri akan menambah bilangan anggota sukarelawan penguatkuasa syariah bagi membantu tugas-tugas berkaitan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, senarai nama anggota sukaralewan telah dikemukakan kepada Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) untuk kelulusan, dan kini permohonan tersebut masih dalam pertimbangan.

“Kita masih menunggu kelulusan senarai nama daripada MAIDAM kerana mereka ada prosedur operasi standard yang perlu dipenuhi,” katanya.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement